MATIUS 21:18-46
MATIUS 21:18-46 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan paginya, dalam perjalanan kembali ke kota, Yesus lapar. Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu, tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, “Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi!” Dengan segera pokok ara itu layu. Apabila pengikut-pengikut Yesus nampak kejadian itu, mereka hairan. Mereka bertanya, “Bagaimanakah pokok ara itu layu dengan serta-merta?” “Ketahuilah,” jawab Yesus, “jika kamu percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, kamu akan dapat melakukan apa yang telah Aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, bahkan kamu akan dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Hal itu pun akan berlaku. Apabila kamu berdoa dan percaya bahawa Allah akan melakukan apa yang kamu minta, maka Dia akan melakukannya.” Yesus kembali ke Rumah Tuhan. Semasa Dia mengajar, ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi datang kepada-Nya dan bertanya, “Dengan hak siapakah kamu melakukan perkara-perkara ini? Siapakah yang memberikan hak ini kepadamu?” Yesus menjawab, “Aku akan bertanya satu soalan sahaja. Jika kamu menjawabnya, Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini. Dengan hak siapa Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?” Mereka mula berbincang sesama sendiri, “Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, ‘Dengan hak Allah,’ Dia akan berkata, ‘Mengapakah kamu tidak percaya kepada Yohanes?’ Tetapi jika kita berkata, ‘Dengan hak manusia,’ kita takut akan apa yang mungkin dilakukan orang ramai, kerana mereka semua yakin bahawa Yohanes seorang nabi.” Oleh itu, mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.” “Sekarang bagaimana pendapat kamu?” kata Yesus selanjutnya. “Ada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak lelaki. Dia pergi kepada anaknya yang sulung dan berkata, ‘Pergilah bekerja di ladang anggur hari ini.’ Anaknya menjawab, ‘Saya tidak mahu,’ tetapi kemudian anak itu mengubah fikirannya lalu pergi ke ladang anggur itu. Kemudian bapa itu pergi kepada anaknya yang kedua, dan mengatakan hal yang sama. ‘Baiklah ayah,’ jawab anaknya yang kedua. Tetapi dia tidak pergi. Yang manakah antara kedua-dua orang anak itu melakukan kehendak bapanya?” “Anak yang sulung,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Ketahuilah! Pemungut cukai dan pelacur akan menikmati Pemerintahan Allah lebih dahulu daripada kamu. Yohanes Pembaptis datang kepada kamu dan menunjukkan cara hidup yang dikehendaki oleh Allah, tetapi kamu tidak mahu percaya kepada ajarannya. Sebaliknya pemungut cukai dan pelacur percaya kepada ajarannya. Meskipun kamu telah melihat pemungut cukai dan pelacur berbuat demikian, kamu tidak mahu mengubah fikiran dan percaya kepada ajarannya.” “Dengarlah sebuah perumpamaan lain,” kata Yesus. “Seorang pemilik tanah mempunyai ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain. Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan buah anggur, pemilik ladang itu mengutus hamba-hambanya kepada penyewa-penyewa ladang itu untuk menerima hasil bahagiannya. Tetapi penyewa-penyewa ladang itu menangkap hamba-hamba pemilik ladang itu; ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada lagi yang direjam. Sekali lagi pemilik ladang itu mengutus hamba-hamba lain, lebih banyak daripada yang dahulu. Tetapi hamba-hamba itu juga menerima perlakuan yang sama. Akhirnya pemilik ladang itu mengutus anaknya kepada mereka. Dia berkata dalam hati, ‘Tentu mereka akan menghormati anakku.’ Tetapi apabila penyewa-penyewa ladang itu nampak anak pemilik ladang itu, mereka berkata sesama sendiri, ‘Ini dia anak pemilik ladang. Marilah kita bunuh dia, supaya kita dapat hartanya!’ Oleh itu mereka menangkap anak itu, membuang dia ke luar ladang, dan membunuh dia.” Kemudian Yesus bertanya, “Apabila pemilik ladang anggur itu kembali, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa ladang itu?” Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang jahat itu, lalu menyewakan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain yang mahu memberikan hasil bahagiannya pada musim anggur.” Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu baca apa yang tertulis di dalam Alkitab? ‘Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan Tuhan; alangkah indahnya!’ ” Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Hak untuk menikmati Pemerintahan Allah akan diambil daripada kamu, lalu diserahkan kepada orang yang memberikan hasil yang dikehendaki oleh Allah.” [ Sesiapa yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu.] Ketua imam dan orang Farisi mendengar perumpamaan-perumpamaan Yesus, dan mereka tahu bahawa Yesus berkata-kata tentang mereka. Oleh itu mereka cuba menangkap Yesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai, yang menganggap Yesus sebagai nabi.

MATIUS 21:18-46 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada pagi hari tŭtkala iya balik kanŭgri, laparlah iya. Maka dilihatnya ada sa’pohon ara disisi jalan itu, lalu dihampirinyalah akan dia, maka didapatinya suatu pun tiada buahnya, mŭlainkan daun sahja; lalu bŭrkatalah iya padanya, Janganlah lagi angkau bŭrbuah sampie slama lamanya; maka dŭngan skutika itu juga kakringanlah pohon ara itu. Maka sŭtlah dilihat ulih muridnya akan hal yang dŭmkian, maka hieranlah marika itu katanya, Bŭtapa hal pohon ara ini kakringan sŭbŭntaran. Maka disahut ulih Isa bagie marika itu, Bahwa sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau ada kiranya padamu iman, dan tiada shak, jangankan barang yang tŭlah jadi pada pohon ara ini sahja, mŭlainkan jikalau kamu bŭrkata pada bukit ini, tŭrangkat dan tŭrbuang kadalam laut skalipun, sasungguhnya akan mŭnjadi. Dan lagi sagala pŭrkara yang kamu mŭminta pada tŭtkala kamu bŭrdoa dŭngan pŭrchayamu itu, nŭschaya kamu akan bŭrulih dia. ¶ Maka sŭtlah iya masok ka’abah, lagi sŭmŭntara iya mŭngajar, lalu datanglah kapadanya imam yang bŭsar bŭsar, dan orang tua tua deripada kaum itu, katanya, Dŭngan kwasa siapa angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, dan siapa mŭmbri kapadamu kwasa yang dŭmkian? Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bahwa aku pun handak bŭrtanya juga suatu pŭrkara kapadamu, maka jikalau kiranya angkau dapat mŭnjawab akan dia, maka aku pun bulih mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini. Baptisan Yahya itu deri manakah mulanya, deri langitkah, atau deripada manusiakah? Maka bŭrbicharalah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kami kata deri langit, nŭschaya dijawabnya, apa sŭbab kamu tiada pŭrchaya akan dia? Maka jikalau kami bŭrkata, deripada manusia, maka takotlah kami akan kaum ini, kŭrna sŭmuanya mŭmbilang Yahya itu nabi. Maka disahut marika itu sŭrta bŭrkata pada Isa, Tiada bulih kami katakan. Maka kata Isa pada marika itu, Aku pun tiada mahu mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini. ¶ Apakah pada sangkamu, ada pada sianu itu dua orang anak laki laki, maka pŭrgilah iya pŭrtama tama kapada sa’orang, katanya, Hie anakku, pŭrgilah angkau bŭkŭrja pada hari ini kakŭbon anggorku. Maka mŭnyahutlah iya sambil bŭrkata, Tiada aku mahu; tŭtapi kumdian mŭnyŭsallah iya lalu pŭrgi. Maka datanglah pula bapanya itu kapada anak yang lain, lalu bŭrkata dŭmkian juga, maka disahutnya, Sahya tuan, tŭtapi tiada iya pŭrgi. Maka siapakah deri antara kaduanya itu yang mŭnurot kahandak bapanya itu? Maka jawab marika itu, Yang pŭrtama tama itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwasanya aku bŭrkata kapadamu, orang yang mŭmŭgang chukie, dan pŭrampuan sundal pun tŭrdahulu masok kadalam krajaan Allah deri pada kamu. Kŭrna Yahya tŭlah datang kapadamu dŭngan jalan yang bŭnar, maka tiada kamu pŭrchaya akan dia; tŭtapi orang mŭmŭgang chukie dan pŭrampuan sundal sudah pŭrchaya akan dia; tŭtapi sungguh pun kamu tŭlah mŭlihat hal itu, tiada juga kamu bŭrtaubat kumdiannya, supaya kamu pŭrchaya akan dia. ¶ Dŭngarlah pula suatu pŭrumpamaan yang lain. Maka adalah sa’orang kapala rumah yang tŭlah mŭmbuat kŭbon anggor, sŭrta dibubohnya pagar diklilingnya itu, maka dipŭrbuatkannya suatu apitan anggor dalamnya, dan dibangunkannya suatu mŭnara, kumdian diborongkannya kŭbon itu kapada orang ladang, maka tuan itupun pŭrgilah kapada sa’buah nŭgri yang jauh. Maka sŭtlah datanglah musim buah, maka disurohkannyalah hambanya pŭrgi kapada orang ladang itu, akan mŭngambil bahgian buahnya. Maka ditangkap ulih orang ladang itu akan hamba hambanya, sa’orang dipalunya, dan sa’orang dibunohnya, dan sa’orang dirŭjamnya. Kumdian disurohnyalah pula akan hamba hambanya yang lain, tŭrlebih banyak deripada yang mula mula itu, maka dipŭrbuat ulih orang ladang itu akan marika itu spŭrti dahulu juga. Akhirnya disurohnyalah pula anaknya laki laki datang pada marika itu, katanya, Bahwasanya dapat tiada marika itu mŭmbri hormat kŭlak akan anakku itu. Tŭtapi apabila orang ladang itu mŭlihat anaknya itu datang, maka bŭrkatalah iya sama sŭndirinya, Iya inilah warith, marilah kita bunoh akan dia, dan rampas pusakanya. Maka ditangkapnya akan dia, lalu dibuangkannya kluar kŭbon anggor itu, sŭrta dibunohnya akan dia. Maka apabila datang tuan kŭbon anggor itu, apakah kŭlak dipŭrbuatnya kapada orang orang ladang itu? Maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Dapat tiada akan diseksakannya orang orang jahat itu dŭngan seksa yang amat sangat, dan kŭbon anggor itu pun akan diborongkannya kapada orang ladang yang lain, yang akan mŭmbri kapadanya bahgian buah pada tiap tiap musimnya. Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bŭlomkah pŭrnah kamu mŭmbacha dalam kitab, bahwa batu yang dibuangkan ulih tukang yang mŭmbuat rumah, maka iya itu tŭlah mŭnjadi batu pŭnjuru yang diatas skali? Dŭmkianlah tŭlah dijadikan ulih Tuhan, maka iya itu mŭnjadi hieranlah tŭrchŭngang dimata kita. Sŭbab itu aku bŭrkata padamu, bahwa krajaan Allah itu akan diambil deripada kamu, dan dibrikan pada bangsa lain yang akan mŭmbri buah buah. Maka barang siapa yang jatoh diatas batu itu, maka iya akan hanchur luloh, tŭtapi pada orang yang ditimpah ulih batu ini, nŭschaya rŭmok rŭdamlah orang itu. Maka apabila didŭngar ulih imam yang bŭsar bŭsar, dan orang orang Farisia akan pŭrumpamaannya itu, maka dikŭtahuinyalah, bahwa yang dikatakannya itu derihal marika itulah. Tŭtapi apabila handak ditangkap ulih marika itu akan dia, takotlah marika itu akan kaum itu, kŭrna kaum itu mŭmbilang Isa sa’orang nabi.
MATIUS 21:18-46 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada pagi esoknya, ketika Dia pergi semula ke kota Yerusalem, Dia berasa lapar. Dia melihat sebatang pokok ara di tepi jalan. Apabila Dia mendekatinya dan mendapati pokok itu hanya berdaun tidak berbuah, Dia berkata kepadanya, “Janganlah berbuah lagi selama-lamanya.” Serta-merta pokok itu layu dan mati. Apabila dilihat oleh murid-murid-Nya, mereka hairan dan bertanya, “Bagaimana pokok ara itu boleh layu dan mati serta-merta?” Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga kepada pokok ara itu, malah kamu boleh berkata kepada gunung ini, ‘Beralihlah dan terhumbanlah ke dalam laut,’ lalu hal itu akan terjadi. Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan iman, akan kamu terima.” Apabila Yesus masuk ke Bait Suci, ketua imam dan tua-tua datang kepada-Nya ketika Dia sedang mengajar, “Dengan kuasa apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Dan siapakah yang memberi-Mu kuasa itu?” Yesus menjawab, “Aku juga akan bertanya satu soalan. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan menyatakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukan perkara-perkara itu: Baptisan Yohanes dari manakah asalnya? Daripada syurga atau daripada manusia?” Mereka pun berbincang sesama sendiri, “Kalau kita berkata, ‘Daripada syurga,’ Dia akan berkata, ‘Kalau begitu, mengapa kamu tidak percaya kepadanya?’ Tetapi kalau kita berkata, ‘Daripada manusia,’ takut orang ramai marah, kerana mereka menganggap Yohanes seorang nabi.” Oleh itu, mereka menjawab, “Kami tidak tahu.” Yesus berkata kepada mereka, “Aku pun tidak akan memberitahumu dengan kuasa apa Aku melakukan perkara-perkara ini.” “Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, ‘Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.’ Anak itu menjawab, ‘Aku tidak mahu,’ tetapi kemudian dia menyesal lalu pergi bekerja di ladang bapanya. Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yang kedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab, ‘Baiklah, aku pergi, ayah,’ tetapi dia tidak pergi. Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?” Mereka menjawab, “Yang sulung.” Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akan memasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu. Yohanes datang kepadamu untuk menunjukkan jalan yang benar tetapi kamu tidak percaya kepadanya; manakala pemungut cukai dan pelacur percaya kepadanya. Setelah melihat hal ini pun, kamu tetap tidak menyesal dan percaya kepadanya.” “Dengarlah satu ibarat lagi: Seorang tuan tanah menanam sebuah ladang anggur. Dia memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu pergi ke negeri lain. Apabila tiba musim memetik, tuan tanah itu menghantar hamba-hambanya kepada para penyewa itu meminta bahagiannya daripada hasil ladang itu. Tetapi para penyewa ladang menangkap hamba-hamba itu. Ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada yang direjam. Tuan tanah itu menghantar hamba-hamba yang lain pula, lebih banyak lagi bilangannya. Tetapi hamba-hamba itu pun diperlakukan begitu juga. Akhirnya tuan itu menghantar anaknya sambil berfikir, ‘Tentu mereka akan menghormati anakku.’ Tetapi apabila para penyewa itu melihat anak tuan itu, mereka berkata sama sendiri, ‘Marilah kita bunuh warisnya, supaya dapat kita rampas harta pusakanya.’ Mereka pun menangkapnya, menghumbankannya ke luar ladang dan membunuhnya.” Selepas itu Yesus bertanya, “Apabila tuan ladang anggur itu pulang, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa itu?” Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang yang jahat itu dan menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain yang sanggup memberikan bahagiannya daripada hasil ladang itu pada musim memetik anggur.” Yesus berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu baca apa yang tersurat dalam Kitab Suci: ‘Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru. Inilah perbuatan Tuhan; Sungguh hebat di mata kami!’? Sesungguhnya, hak untuk memasuki kerajaan Allah akan diambil daripadamu dan diberikan kepada bangsa yang memberikan hasil yang dikehendaki Allah. Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur luluh; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk-redam.” Apabila ketua imam dan orang Farisi mendengar ibarat-ibarat Yesus, fahamlah mereka bahawa Dia bercakap tentang mereka. Oleh itu, mereka cuba menangkap Yesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai yang menganggap Yesus sebagai seorang nabi.