MATIUS 20:20-28

MATIUS 20:20-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Maka tŭtkala itu datanglah kapada Isa ibu anak anak Zabdi, sŭrta dŭngan anaknya laki laki, lalu sujud sŭrta mŭminta suatu pŭrkara kapadanya. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Apakah yang angkau kahandaki? Maka jawabnya, Biarlah kiranya kaduanya anakku laki laki ini, sa’orang dudok pada kananmu, dan sa’orang pada kirimu dalam krajaanmu. Maka disahut ulih Isa sŭrta katanya, Tiada kamu kŭtahui apa yang kamu mŭminta. Dapatkah kamu mŭminom chawan minoman yang aku akan mŭminom itu, dan dipŭrbaptisakan dŭngan baptisan yang aku akan dibaptisakan? Maka jawab marika itu padanya, Bulih. Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Sungguhpun chawan minomanku itu kamu akan mŭminom dia, dan dipŭrbaptisakan dŭngan baptisan yang aku akan dipŭrbaptisakan itu, akan tŭtapi dudok pada kiri kananku itu, bukannya atasku mŭmbri itu, mŭlainkan kapada barang siapa yang tŭlah disŭdiakan ulih ayahku. Maka apabila didŭngar ulih murid muridnya yang kaspuloh itu, maka gŭramlah hati marika itu akan kadua orang bŭrsaudara itu. Hata maka dipanggillah ulih Isa akan marika itu skalian, lalu katanya, Kamu tŭlah mŭngtahui, bahwa pŭnghulu pŭnghulu orang orang sŭsat itu mŭmŭgang prentah atas orang orangnya, dan orang bŭsar bŭsarnya pun mŭmŭgang pŭnguasaan atas marika itu. Tŭtapi janganlah kiranya jadi diantara kamu dŭmkian, mŭlainkan jikalau barang sa’orang handak mŭnjadi bŭsar diantara kamu, handaklah iya mŭnjadi orang mŭlayani kamu. Maka jikalau barang sa’orang mahu mŭnjadi pŭnghulu diantara kamu, maka handaklah iya mŭnjadi khadammu. Spŭrti anak manusia itu bukannya iya datang kahandaknya supaya orang lain mŭlayani dia, mŭlainkan iya mŭlayani orang lain, sŭrta dibrikannya pula nyawanya tŭbusan ganti orang banyak.