MATIUS 19:13-15
MATIUS 19:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang membawa kanak-kanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala kanak-kanak itu dan mendoakan mereka. Tetapi pengikut-pengikut Yesus memarahi orang yang membawa semua kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah.” Yesus meletakkan tangan-Nya pada kepala semua kanak-kanak itu. Kemudian Dia pergi.
MATIUS 19:13-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Shahadan pada tŭtkala itu, dibawa oranglah kapadanya bŭbrapa kanak kanak, supaya ditarohnya tangan ka’atasnya, dan supaya dimintakannya doa akan dia; maka ditŭngking ulih murid muridnya akan orang orang itu. Maka kata Isa, Biarlah kanak kanak itu datang kapadaku, janganlah ditŭgahkan dia, kŭrna orang yang spŭrtinya itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Maka sŭtlah sudah ditarohnya tangan ka’atas kanak kanak itu, maka bŭrjalanlah iya deri sana.
MATIUS 19:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beberapa orang membawa kanak-kanak supaya diberkati oleh Yesus dengan meletakkan tangan-Nya ke atas mereka serta mendoakan mereka. Tetapi para murid Yesus memarahi orang yang membawa kanak-kanak itu. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga.” Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Kemudian Dia beredar dari situ.