MATIUS 18:15-17
MATIUS 18:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah kepadanya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan hal ini dengan diam-diam antara kamu berdua sahaja. Jika dia menurut kata-katamu, maka kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Tetapi jika tidak, bawalah seorang atau dua orang bersama-samamu. Berbuatlah demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Tiap-tiap tuduhan harus dikuatkan oleh kesaksian dua atau tiga orang saksi.’ Jika dia tidak mahu menerima nasihat mereka, beritahukan perkara itu kepada jemaah. Akhirnya jika dia masih tidak mahu menerima nasihat jemaah, anggaplah dia sebagai orang yang tidak mengenal Allah atau sebagai pemungut cukai.”
MATIUS 18:15-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu. Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu. Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie.
MATIUS 18:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, ‘Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.’ Sekiranya dia enggan menerima nasihat mereka, maklumkan hal itu kepada jemaah. Jika nasihat jemaah pun tidak diterimanya, anggaplah dia seperti orang yang tidak mengenal Allah atau pemungut cukai.”