MATIUS 18:14-15
MATIUS 18:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga Bapa kamu yang di syurga tidak mahu salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini sesat.” “Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah kepadanya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan hal ini dengan diam-diam antara kamu berdua sahaja. Jika dia menurut kata-katamu, maka kamu berjaya mendapat kembali saudaramu.
MATIUS 18:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah kahandak ayahmu yang ada dishorga pun, supaya jangan binasa barang sa’orang jua pun deripada yang tŭrkŭchil ini. ¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu.
MATIUS 18:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikianlah juga Bapamu yang di syurga, tidak mahu seorang pun yang kecil ini hilang.” “Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu.