MATIUS 18:1-5
MATIUS 18:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu itu pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, “Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah?” Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Lalu Yesus berkata, “Ketahuilah! Kecuali kamu mengubah sikap dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah. Orang yang dianggap terbesar antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah adalah orang yang merendahkan diri dan menjadi seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.”
MATIUS 18:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA pada kutika itu juga datanglah murid murid itu kapada Isa katanya, Siapakah grangan yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga? Maka dipanggil ulih Isa sa’orang kanak kanak hampir kapadanya, lalu ditarohnya akan dia pada sama tŭngah marika itu, Sŭrta bŭrkata, Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau tiada angkau bŭrubah mŭnjadi spŭrti kanak kanak, maka skali kali tiada dapat kamu masok kadalam krajaan shorga. Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya spŭrti kanak kanak ini, maka iyalah juga yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga. Maka barang siapa yang mŭnyambut sa’orang kanak kanak spŭrti ini sŭbab namaku, maka srasa iya mŭnyambut aku.
MATIUS 18:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada ketika itu para murid Yesus datang bertanya kepada-Nya, “Siapakah yang dianggap terbesar antara orang dalam kerajaan syurga nanti?” Yesus memanggil seorang kanak-kanak, disuruh-Nya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus pun berkata, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali kamu menjadi seperti kanak-kanak kecil, kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan syurga. Oleh itu, orang yang dianggap terbesar dalam kerajaan syurga ialah yang merendah diri dan bersikap seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut seorang kanak-kanak seperti ini kerana nama-Ku, menyambut-Ku.”