MATIUS 17:22-27
MATIUS 17:22-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.” Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita. Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?” Petrus menjawab, “Tentu sahaja!” Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, “Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?” “Orang asing,” jawab Petrus. “Jika demikian,” kata Yesus, “rakyat tidak perlu membayar. Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita.”

MATIUS 17:22-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭbarmula maka tŭtkala marika itu tinggal dinŭgri Galilia, maka bŭrkata Isa pada murid muridnya, Bahwa anak manusia akan disŭrahkan katangan manusia; Maka akan dibunoh ulih marika itu akan dia, maka pada hari yang katiga iya akan dihidopkan pula. Maka duka chitalah murid muridnya itu tŭrlalu sangat. ¶ Bŭrmula apabila masoklah marika itu kanŭgri Kapŭrnaum, maka datanglah orang yang mŭmungot blanja ka’abah kapada Petros katanya, Tiadakah guru kamu mŭmbayar blanja itu? Maka jawabnya, Ya. Maka sŭtlah sudah masok Petros kadalam rumah, lalu didahului ulih Isa, katanya, Apakah angkau sangkakan hie Simon, raja raja dalam dunia ini, deripada siapakah iya mŭngambil chukie atau hasil, deripada anak anaknyakah, atau deripada orang kluarankah? Maka jawab Petros padanya, Deripada orang kluaran; maka kata pula Isa padanya, Kalau dŭmkian, bibaslah sagala anak anaknya. Tŭtapi supaya jangan kamu mŭngŭchilkan hatinya, pŭrgilah angkau mŭngail dalam tasik itu, maka ambillah ikan yang dapat mula mula itu, maka apabila angkau bukakan mulotnya, nŭschaya angkau akan mŭndapat satu dŭrham, maka ambillah itu brikan pada marika itu, iya itu jadi bahgianku dan bahgianmu adanya.
MATIUS 17:22-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika semua murid Yesus berhimpun di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan diserahkan kepada manusia. Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.” Mendengar kata-kata itu, para murid Yesus berdukacita. Apabila Yesus dan murid-murid-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai dua dirham datang kepada Petrus lalu bertanya, “Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?” Petrus menjawab, “Tentu sekali.” Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Yesus bertanya, “Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?” “Orang lain,” jawab Petrus. “Kalau begitu,” kata Yesus, “anak-anak tidak perlu membayar. Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.”