MATIUS 16:22-23
MATIUS 16:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, “Ya Tuhan, semoga Allah menjauhkan perkara itu daripada Tuhan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuhan!” Yesus berpaling lalu berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, hai Iblis! Engkau penghalang jalan-Ku. Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!”
MATIUS 16:22-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Petros pun mŭmbawa undor sŭdikit akan dia, sŭrta ditŭgahkannya akan dia katanya, Tuhan, jauhkanlah kiranya dirimu deripada itu, bahwa janganlah skali kali jadi padamu yang dŭmkian itu. Maka Isa pun bŭrpalinglah, sŭrta bŭrkata pada Petros, Undorlah angkau kablakangku, hie Shietan, bahwa angkaulah mŭnyusahkan aku; kŭrna tiada angkau chundrong kapada fiak Allah, mŭlainkan kapada fiak manusia.
MATIUS 16:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia, “Tuhan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu!” Yesus berpaling sambil berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, Iblis! Engkau batu sandungan bagi-Ku kerana kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia!”