MATIUS 16:21-28
MATIUS 16:21-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Sejak itu, Yesus mula berkata dengan terus-terang kepada pengikut-pengikut-Nya, “Aku harus pergi ke Yerusalem dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Aku akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula!” Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, “Ya Tuhan, semoga Allah menjauhkan perkara itu daripada Tuhan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuhan!” Yesus berpaling lalu berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, hai Iblis! Engkau penghalang jalan-Ku. Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!” Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati? Dapatkah seseorang menukar hidup itu dengan sesuatu? Tentu tidak. Anak Manusia sudah hampir tiba bersama-sama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan membalas tiap-tiap orang menurut perbuatannya. Ketahuilah! Beberapa orang di sini tidak akan meninggal sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja.”
MATIUS 16:21-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka deripada kutika itu, bahrulah Isa mŭmulai mŭnyatakan pada murid muridnya, bahwa saharusnyalah iya pŭrgi kanŭgri Jerusalem, dan akan mŭrasai bŭbrapa sŭngsara deri pada orang tua tua, dan imam yang bŭsar bŭsar, dan khatib khatib; dan lagi iya akan dibunoh, dan akan dihidopkan pula pada hari yang katiga. Maka Petros pun mŭmbawa undor sŭdikit akan dia, sŭrta ditŭgahkannya akan dia katanya, Tuhan, jauhkanlah kiranya dirimu deripada itu, bahwa janganlah skali kali jadi padamu yang dŭmkian itu. Maka Isa pun bŭrpalinglah, sŭrta bŭrkata pada Petros, Undorlah angkau kablakangku, hie Shietan, bahwa angkaulah mŭnyusahkan aku; kŭrna tiada angkau chundrong kapada fiak Allah, mŭlainkan kapada fiak manusia. ¶ Sŭtlah itu, maka bŭrkatalah Isa pada murid muridnya, Kalau barang siapa yang handak mŭngikot aku, maka handaklah iya mŭnyangkal dirinya, sŭrta mŭmikol salibnya, lalu mŭngikot aku. Maka barang siapa yang handak mŭmliharakan dirinya, iya akan mŭnghilangkan dia; maka barang siapa yang mŭnghilangkan dirinya ulih sŭbab aku, maka iya itulah akan mŭndapatkan dia. Untah apakah kauntongan pada manusia, jikalau kiranya iya mŭndapat sagala dunia ini skalipun, tŭtapi kŭrugian jiwanya? atau apakah yang bulih dibri tukar jiwanya itu? Kŭrna anak manusia kŭlak akan datang dŭngan kamuliaan ayahnya bŭrsama sama dŭngan mŭliekatnya, maka pada tŭtkala itulah kŭlak iya akan mŭmbalas bagie sŭsa’orang sakŭdar pŭrbuatannya. Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, maka ada orang orang yang bŭrdiri disini, yang tiada akan mŭrasai mati, kalau sŭbŭlom iya mŭlihat anak manusia itu datang kapada krajaannya.
MATIUS 16:21-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sejak itu, Yesus mula berkata terus terang kepada murid-murid-Nya bahawa Dia harus pergi ke Yerusalem dan menanggung banyak penderitaan daripada pihak pemimpin masyarakat, ketua imam, dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula. Petrus menarik Yesus ke tepi lalu menegur Dia, “Tuhan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu!” Yesus berpaling sambil berkata kepada Petrus, “Pergilah dari sini, Iblis! Engkau batu sandungan bagi-Ku kerana kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia!” Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup. Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu? Sudah hampir waktunya Anak Manusia datang bersama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan memberikan balasan kepada setiap orang menurut perbuatannya. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemui maut sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja dalam Kerajaan-Nya.”