MATIUS 16:1-4
MATIUS 16:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang Farisi dan orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. Yesus menjawab, [“Apabila matahari terbenam, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’ Pada pagi hari, kamu berkata, ‘Hari akan hujan, kerana langit merah dan gelap.’ Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat keadaan langit, tetapi kamu tidak dapat memahami hal-hal yang berlaku pada masa ini!] Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat, tetapi satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu hanyalah mukjizat Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus meninggalkan mereka lalu pergi dari situ.
MATIUS 16:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka datanglah orang Farisia dan Sadukia handak mŭnchobai dia, sŭrta dipinta ulih marika itu unjokkan suatu ajaib deri dalam langit. Maka disahut Isa pada marika itu katanya, Apabila hari tŭlah pŭtang, maka kamu biasa bŭrkata, nanti jadi chuacha baik, sŭbab langit itu merah adanya. Hata pada pagi pagi hari, kamu biasa bŭrkata, hari ini handak ribot, kŭrna langit merah sŭrta dŭngan rŭdopnya. Hie orang munafik, bahwa sasungguhnya kamu dapat mŭngatahui rupa langit itu sahja, tŭtapi tiadakah bulih kamu mŭngatahui tandah zaman ini? Adapun katurunan yang jahat dan bŭrmukah itu, iyalah mŭnchari suatu tandah, maka barang suatu tandah pun tiada diunjokkan pada marika itu, mŭlainkan tandah nabi Yunas itu. Maka Isa pun mŭninggalkan marika itu, lalu pŭrgi.
MATIUS 16:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Yesus. Untuk menduga Yesus, mereka meminta-Nya menunjukkan suatu tanda dari syurga. Yesus menjawab, “Ketika matahari masuk, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’ Pada waktu pagi, kamu berkata, ‘Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.’ Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami tanda-tanda zaman ini. Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat. Tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali tanda Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus pun pergi dari situ.