MATIUS 15:29-30
MATIUS 15:29-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus meninggalkan tempat itu lalu berjalan menyusur tepi Tasik Galilea. Kemudian Dia naik ke sebuah bukit lalu duduk. Banyak orang datang kepada-Nya dan membawa orang yang tempang, yang buta, yang lumpuh, yang bisu, dan banyak lagi orang sakit. Mereka meletakkan semua orang ini di hadapan Yesus dan Yesus menyembuhkan mereka semua.
MATIUS 15:29-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sabŭrmula maka undorlah Isa deri sana, datang hampir kapada tasik Galilia, maka naiklah iya ka’atas sa’buah bukit, lalu dudok disana. Maka banyaklah pŭrhimpunan orang datang kapadanya, sŭrta mŭmbawa bŭbrapa orang tempang, dan buta, dan kŭlu, dan pinchang, dan bŭbrapa orang bŭrpŭnyakit yang lain pun, lalu dilŭtakkan akan dia dikaki Isa, maka disŭmbohkannyalah marika itu.
MATIUS 15:29-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus beredar dari situ lalu berjalan menyusur pesisiran Laut Galilea. Setelah itu, Dia mendaki sebuah bukit dan duduk di situ. Ramailah yang datang mendapatkan-Nya, membawa orang yang tempang, buta, lumpuh, bisu dan yang menghidap pelbagai penyakit. Yesus menyembuhkan mereka.