MATIUS 13:3-9
MATIUS 13:3-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus mengajar mereka banyak perkara dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Seorang peladang pergi menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan, lalu burung datang dan memakan habis benih itu. Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih itu segera bertunas kerana tanahnya sedikit. Tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri itu tumbuh, lalu membantutkan tumbuhan itu. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu berbuah. Hasilnya ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang tiga puluh kali ganda.” Lalu Yesus berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah!”
MATIUS 13:3-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkatalah iya pada marika itu bŭbrapa pŭrkataan dŭngan pŭrumpamaan, katanya, Bahwa sasunguhnya kluarlah sa’orang pŭnabor yang handak mŭnabor. Maka apabila ditabornya bŭnih itu, sŭtŭngahnya jatoh ditŭpi jalan, lalu datanglah burong burong mŭmakan itu: Maka sŭtŭngahnya yang lain itu jatohlah pada tŭmpat bŭrbatu, yang tiada banyak tanahnya, maka dŭngan sŭbŭntar juga iyapun bŭrtumbohlah, sŭbab tanahnya tiada dalam. Maka apabila tŭrbitlah matahari, lalu layulah iya, maka sŭbab tiada bŭrakar, kakringanlah iya. Maka sŭtŭngahnya yang lain pula, jatohlah diantara duri duri, maka kŭmdian duri itu pun bŭrtumbohlah sampie dilŭmaskan dia. Tŭtapi sŭtŭngahnya yang lain itu jatohlah pada tanah yang baik, maka bŭrbuahlah iya bŭrgandah gandah, ada yang sratus, ada yang anam puloh, ada yang tiga puloh banyaknya. Maka barang siapa yang ada bŭrtlinga, handaklah iya mŭnŭngar.
MATIUS 13:3-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memberitahu mereka banyak perkara melalui ibarat. Dia berkata: “Seorang penyemai pergi menabur. Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di tepi jalan lalu dimakan burung. Ada pula yang jatuh di tempat berbatu yang kurang tanahnya. Benih itu segera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar. Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar dan membantutkannya. Namun demikian, ada yang jatuh di tanah yang subur dan memberikan hasil: seratus kali ganda, enam puluh kali ganda, atau tiga puluh kali ganda. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”