MATIUS 13:13-17
MATIUS 13:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Itulah sebabnya Aku menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai, kerana mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak mengerti. Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya, ‘Allah berfirman: Mereka akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham; mereka akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak, kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul; telinga pekak, dan mata buta. Jika mereka tidak demikian, tentu mata mereka akan melihat, telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti, sehingga mereka kembali kepada-Ku, dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’ Tetapi kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar. Ketahuilah! Banyak nabi dan orang yang melakukan kehendak Allah ingin melihat apa yang kamu lihat sekarang ini, tetapi tidak dapat melihatnya. Mereka ingin mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak dapat mendengarnya.”
MATIUS 13:13-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itulah aku bŭrkata padanya dŭngan pŭrumpamaan, kŭrna sungguh pun marika itu mŭlihat, tŭtapi tiada dilihatnya; dan sungguh pun iya mŭnŭngar, tŭtapi tiada didŭngarnya, atau mŭngarti adanya. Maka tŭlah gŭnaplah bagie marika itu barang yang tŭlah dinabuatkan ulih nabi Jasia, katanya, Bahwa dŭngan pŭnŭngaran kamu akan mŭnŭngar, tŭtapi tiada juga kamu mŭngarti, dan dŭngan pŭnglihatan kamu akan mŭlihat, tŭtapi tiada juga kamu mŭngtahui. Kŭrna tŭlah tŭballah hati kaum itu, dan bratlah pŭnŭngaran tlinganya, maka ditutopkannya matanya, supaya barang kutika pun jangan iya mŭmandang dŭngan matanya, dan mŭnŭngar dŭngan tlinganya, sŭrta mŭngarti dŭngan hatinya, sambil bŭrtaubat, sahingga kusŭmbohkan dia. Tŭtapi bŭrbahgialah mata kamu, kŭrna iya mŭlihat, dan tlinga kamu kŭrna iya mŭnŭngar. Kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa banyaklah nabi dan orang orang bŭnar tŭlah bŭrkahandak akan mŭlihat pŭrkara yang kamu lihat ini, maka tiada juga dapat dilihatnya; dan handak mŭnŭngar pŭrkara yang kamu dŭngar, maka tiada juga dapat didŭngarnya.
MATIUS 13:13-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku bercakap kepada mereka melalui ibarat: ‘Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak, mereka mendengar tetapi tidak mengerti.’ Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yesaya: ‘Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui. Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka.’ Tetapi diberkatilah matamu kerana melihat, dan telingamu kerana mendengar. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, ramai nabi dan orang yang benar berhasrat melihat apa yang kamu lihat tetapi tidak melihatnya dan mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak mendengarnya.”