MATIUS 11:7-10
MATIUS 11:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Sementara pengikut-pengikut Yohanes meninggalkan tempat itu, Yesus berkata kepada orang ramai tentang Yohanes, “Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah? Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana! Katakanlah, kamu keluar mahu melihat apa? Seorang nabikah? Betul, bahkan lebih daripada seorang nabi! Yohanes Pembaptis itulah yang dikatakan dalam ayat Alkitab, ‘Allah berfirman: Inilah utusan-Ku. Aku akan mengutus dia dahulu daripada-Mu untuk menyediakan jalan bagi-Mu.’
MATIUS 11:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Arkian sŭtlah undorlah orang orang itu, maka dimulai Isa bŭrkata kata pada pŭrhimpunan orang itu akan hal Yahya, Apakah mulanya kamu kluar pŭrgi kahutan mŭmandang, sa’batang bambukah yang digonchangkan ulih angin? Untah apakah yang kamu tŭlah kluar mŭlihat, bahwa sa’orang manusia yang mŭmakie kain haluskah? Maka sasungguhnya orang yang mŭmakie kain halus itu, ada iya dalam istana raja raja. Untah apakah yang kamu kluar mŭlihat? Sa’orang nabikah? Maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, iya itu tŭrlebih deripada nabi adanya. Bahwa inilah dia yang tŭlah tŭrsurat, Bahwa sasungguhnya aku mŭnyurohkan surohanku dihadapanmu, maka iyalah nanti sŭdiakan jalanmu dihadapanmu.
MATIUS 11:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika murid-murid Yohanes beredar dari situ, Yesus mula berkata kepada orang ramai tentang Yohanes: “Apabila kamu mendapatkan Yohanes di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin? Kamu ke sana hendak melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana. Oleh itu, kamu ke sana untuk melihat apa? Seorang nabi? Betul, malah Aku berkata kepadamu, lebih daripada seorang nabi. Tentang orang itulah telah tersurat dalam Kitab Suci: ‘Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu; dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.’