MATIUS 10:37-42
MATIUS 10:37-42 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati.” “Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga; dan sesiapa yang menyambut Aku, menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang menyambut seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah, akan menerima pahala seorang pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik, akan menerima pahala seorang baik. Ingatlah! Sesiapa yang memberikan minuman walaupun hanya air sejuk kepada salah seorang pengikut-Ku yang paling hina kerana dia pengikut-Ku, akan menerima pahalanya.”
MATIUS 10:37-42 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka barang siapa yang mŭngasihi bapanya, atau ibunya tŭrlebih deripadaku, bahwa iya itu tiadalah layak padaku, dan barang siapa yang mŭngasihi anaknya laki laki atau pŭrampuan tŭrlebih deripadaku, maka iya itupun tiadalah layak padaku. Dan barang siapa yang tiada mŭmikol salibnya, lalu mŭngikot aku, maka iya itupun tiadalah layak padaku. Maka barang siapa yang mŭmliharakan dirinya, iya akan mŭnghilangkan, dan barang siapa yang mŭnghilangkan dirinya ulih sŭbab aku, maka iya itulah akan mŭndapat dia pula. ¶ Maka barang siapa yang mŭnyambut kamu, sŭrasa iya mŭnyambut aku, dan barang siapa mŭnyambut aku, sŭrasa iya mŭnyambut akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Barang siapa yang mŭnyambut nabi, sŭbab bŭrnama nabi, maka orang itu akan mŭndapat fahala nabi; dan barang siapa yang mŭnyambut orang bŭnar, sŭbab bŭrnama bŭnar, maka orang itu akan mŭndapat fahala orang bŭnar. Dan barang siapa yang mŭmbri minum ayer sŭjuk sa’chawan sahja kapada barang siapa yang tŭrkŭchil skali pun deri orang ini, sŭbab iya bŭrnama murid, maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa skali kali tiada akan hilang fahalanya.
MATIUS 10:37-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi murid-Ku akan mendapat hidupnya.” “Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi. Sesiapa yang menyambut seorang yang benar kerana dia seorang yang benar, akan menerima ganjaran seorang yang benar. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberikan minum walau hanya secawan air sejuk kepada seorang murid-Ku yang paling rendah pun kerana dia murid-Ku, pasti akan mendapat ganjarannya.”