MATIUS 10:34-39
MATIUS 10:34-39 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan. Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mentua mereka. Demikianlah, musuh terbesar seseorang ialah anggota keluarganya sendiri. Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati.”
MATIUS 10:34-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang. Dengan kedatangan-Ku, ‘anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. Ahli keluarganya sendiri akan menjadi musuhnya.’ Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi murid-Ku akan mendapat hidupnya.”
MATIUS 10:34-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu kirakan, bahwa aku datang ini mŭmbawa damie ka’atas bumi, aku datang bukannya mŭmbawa damie, mŭlainkan pŭdang. Kŭrna kŭdatanganku ini mŭngadu anak dŭngan bapanya, dan anak pŭrampuan dŭngan ibunya, dan mŭnantu pŭrampuan dŭngan mŭntua pŭrampuannya. Orang yang sa’rumahnya juga akan mŭnjadi musohnya. Maka barang siapa yang mŭngasihi bapanya, atau ibunya tŭrlebih deripadaku, bahwa iya itu tiadalah layak padaku, dan barang siapa yang mŭngasihi anaknya laki laki atau pŭrampuan tŭrlebih deripadaku, maka iya itupun tiadalah layak padaku. Dan barang siapa yang tiada mŭmikol salibnya, lalu mŭngikot aku, maka iya itupun tiadalah layak padaku. Maka barang siapa yang mŭmliharakan dirinya, iya akan mŭnghilangkan, dan barang siapa yang mŭnghilangkan dirinya ulih sŭbab aku, maka iya itulah akan mŭndapat dia pula.