MATIUS 10:1-7,32-33
MATIUS 10:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu memberikan kuasa kepada mereka untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan segala macam penyakit. Inilah nama dua belas orang rasul itu: Simon (yang disebut Petrus) dan saudaranya, Andreas; Yakobus dan saudaranya, Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus dan Tadius; Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus. Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat. Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’
MATIUS 10:32-33 Alkitab Berita Baik (BM)
“Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga. Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.”
MATIUS 10:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka sŭtlah dipanggil ulih Isa akan kadua blas muridnya, lalu dibrikannyalah kwasa padanya, supaya marika itu bulih mŭmbuangkan sagala jin yang nŭjis nŭjis, dan mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit, dan sagala pŭnyakitan. Maka inilah nama kadua blas Rasol itu: pŭrtama tama Simon yang bŭrgŭlar Petros, dan Andria saudaranya; Yakob ben Zabdi, dan Yahya saudaranya; Philipus, dan Bartholomu; dan Thomas, dan Mathius yang mŭmŭgang chukie itu; dan Yakob ben Alfius, dan Libius yang bŭrgŭlar Thaddius; Simon anak nŭgri Kanaan, dan Judas Iskariot, iya itulah yang mŭnyŭrahkan Isa dŭngan tipunya. Maka kadua blas orang itulah disurohkan ulih Isa, sŭrta iya bŭrpŭsan padanya, katanya, Janganlah kamu skalian pŭrgi kanŭgri orang sŭsat, dan janganlah kamu masok kadalam nŭgri orang Samaria: Mŭlainkan tŭrutamalah kamu pŭrgi kapada kambing yang hilang, iya itu kaum bŭni Israil itu. Maka sambil kamu bŭrjalan itu, ajarkanlah, katakan, Krajaan shorga sudah dŭkat.
Injil Mathius 10:32-33 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭngaku akan daku dihadapan manusia ini, bahwa aku pun mŭngakulah kŭlak akan dia dihadapan ayahku yang ada dishorga. Tŭtapi barang siapa yang mŭnyangkal akan daku dihadapan manusia ini, maka aku pun akan mŭnyangkal dia kŭlak dihadapan ayahku yang ada dishorga.
MATIUS 10:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: “Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat.