MATIUS 10:1-11,40-42
MATIUS 10:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu memberikan kuasa kepada mereka untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan segala macam penyakit. Inilah nama dua belas orang rasul itu: Simon (yang disebut Petrus) dan saudaranya, Andreas; Yakobus dan saudaranya, Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus dan Tadius; Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus. Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat. Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’ Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran! Janganlah bawa wang emas, perak, ataupun tembaga. Janganlah bawa beg sedekah, atau baju ganti, atau kasut, atau tongkat dalam perjalanan kamu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya. Apabila kamu tiba di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambut kamu. Tinggallah dengan dia sehingga kamu meninggalkan tempat itu.
MATIUS 10:40-42 Alkitab Berita Baik (BM)
“Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga; dan sesiapa yang menyambut Aku, menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang menyambut seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah, akan menerima pahala seorang pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik, akan menerima pahala seorang baik. Ingatlah! Sesiapa yang memberikan minuman walaupun hanya air sejuk kepada salah seorang pengikut-Ku yang paling hina kerana dia pengikut-Ku, akan menerima pahalanya.”
MATIUS 10:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka sŭtlah dipanggil ulih Isa akan kadua blas muridnya, lalu dibrikannyalah kwasa padanya, supaya marika itu bulih mŭmbuangkan sagala jin yang nŭjis nŭjis, dan mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit, dan sagala pŭnyakitan. Maka inilah nama kadua blas Rasol itu: pŭrtama tama Simon yang bŭrgŭlar Petros, dan Andria saudaranya; Yakob ben Zabdi, dan Yahya saudaranya; Philipus, dan Bartholomu; dan Thomas, dan Mathius yang mŭmŭgang chukie itu; dan Yakob ben Alfius, dan Libius yang bŭrgŭlar Thaddius; Simon anak nŭgri Kanaan, dan Judas Iskariot, iya itulah yang mŭnyŭrahkan Isa dŭngan tipunya. Maka kadua blas orang itulah disurohkan ulih Isa, sŭrta iya bŭrpŭsan padanya, katanya, Janganlah kamu skalian pŭrgi kanŭgri orang sŭsat, dan janganlah kamu masok kadalam nŭgri orang Samaria: Mŭlainkan tŭrutamalah kamu pŭrgi kapada kambing yang hilang, iya itu kaum bŭni Israil itu. Maka sambil kamu bŭrjalan itu, ajarkanlah, katakan, Krajaan shorga sudah dŭkat. Sŭmbohkanlah orang yang sakit, dan suchikanlah orang kusta, dan hidopkanlah orang yang mati, dan buangkanlah sagala jin; maka kamu tŭlah trima dŭngan kŭmurahannya, maka handaklah kamu bri dŭngan kŭmurahannya juga. Maka janganlah kiranya kamu mŭmbawa bŭkal mas, atau perak, atau tŭmbaga digandonganmu: Atau barang bŭkal makanan kapada pŭrjalananmu, dan lagi jangan kamu bŭrbaju dua lapis, dan jangan bŭrbŭkal trompah, atau tongkat; kŭrna dapat tiada orang yang bŭkŭrja itu, patutlah akan mŭndapat rŭzkinya. Shahadan dinŭgri, atau diduson yang mana pun baik kamu masuki, tanya ulihmu siapa dalamnya yang layak, maka dirumahnyalah kamu tinggal sampie kamu kluar deri tŭmpat itu.
Injil Mathius 10:40-42 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka barang siapa yang mŭnyambut kamu, sŭrasa iya mŭnyambut aku, dan barang siapa mŭnyambut aku, sŭrasa iya mŭnyambut akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Barang siapa yang mŭnyambut nabi, sŭbab bŭrnama nabi, maka orang itu akan mŭndapat fahala nabi; dan barang siapa yang mŭnyambut orang bŭnar, sŭbab bŭrnama bŭnar, maka orang itu akan mŭndapat fahala orang bŭnar. Dan barang siapa yang mŭmbri minum ayer sŭjuk sa’chawan sahja kapada barang siapa yang tŭrkŭchil skali pun deri orang ini, sŭbab iya bŭrnama murid, maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa skali kali tiada akan hilang fahalanya.
MATIUS 10:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memanggil dua belas orang murid-Nya lalu memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh jahat dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesakitan. Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. Yesus mengutus dua belas orang murid itu dengan petunjuk demikian: “Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. Pergilah kepada domba-domba hilang antara keturunan kaum Israel. Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya. Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu.
Matius 10:40-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi. Sesiapa yang menyambut seorang yang benar kerana dia seorang yang benar, akan menerima ganjaran seorang yang benar. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang memberikan minum walau hanya secawan air sejuk kepada seorang murid-Ku yang paling rendah pun kerana dia murid-Ku, pasti akan mendapat ganjarannya.”