MATIUS 1:1-23

MATIUS 1:1-23 Alkitab Berita Baik (BM)

Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham. Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya Rut), Isai, dan Raja Daud. Daripada Daud hingga ke masa bangsa Israel dibuang ke Babel, nama nenek moyang yang tercatat adalah seperti berikut: Salomo (ibunya ialah bekas isteri Uria), Rehabeam, Abia, Asa, Yosafat, Yoram, Uzia, Yotam, Ahas, Hizkia, Manasye, Amon, Yosia, Yoyakhin dan saudara-saudaranya. Dari masa pembuangan di Babel sehingga kelahiran Yesus, nama nenek moyang yang tercatat adalah seperti berikut: Yoyakhin, Sealtiel, Zerubabel, Abihud, Elyakim, Azur, Zadok, Akhim, Eliud, Eleazar, Matan, Yakub, Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus. Demikianlah ada empat belas generasi dari zaman Abraham sehingga zaman Daud, dan ada empat belas generasi dari zaman Daud sehingga masa pembuangan di Babel, dan empat belas generasi dari masa itu sehingga kelahiran Kristus. Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus. Ibu-Nya, Maria, bertunang dengan Yusuf. Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maria sudah mengandung kerana kuasa Roh Allah. Yusuf seorang yang taat kepada hukum agama, tetapi dia tidak mahu mempermalukan Maria di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan pertunangan itu secara diam-diam. Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.” Semua itu berlaku supaya terjadilah apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya, “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, “Allah menyertai kita”).

MATIUS 1:1-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA inilah surat katurunan Isa Almasih, iya itu anak Daud, dan anak Ibrahim. Maka Ibrahim branakkanlah Isahak, dan Isahak branakkanlah Yakob, dan Yakob branakkanlah Yahuda sŭrta sagala saudaranya; Maka Yahuda branakkanlah Fariz dan Zara deripada Tamar, dan Fariz branakkanlah Ezrom, dan Ezrom branakkanlah Aram; Maka Aram branakkanlah Aminadab, dan Aminadab branakkanlah Naasun, dan Naasun branakkanlah Salmon; Maka Salmon branakkanlah Buz deripada Rahab, dan Buz branakkanlah Obid deripada Ruth, maka Ruth branakkanlah Jessi; Maka Jessi branakkanlah Raja Daud, dan Raja Daud branakkanlah Sulieman deripada pŭrampuan istri Urias dahulu. Maka Sulieman branakkanlah Reboam, dan Reboam branakkanlah Abia, dan Abia branakkanlah Asa. Maka Asa branakkanlah Josafat, maka Josafat branakkanlah Joram, dan Joram branakkanlah Ozias. Maka Ozias branakanlah Joatham, dan Joatham branakkanlah Ahaz, dan Ahaz branakkanlah Izekia; Maka Izekia branakkanlah Manasi, dan Manasi branakkanlah Amon, dan Amon branakkanlah Josia; Maka Josia branakkanlah Jekonia dan sagala saudaranya, iya itu pada masa pindah kaBabil: Maka kŭmdian deripada pindah kaBabil, maka Jekonia branakkanlah Salathial, dan Salathial branakkanlah Zorobabel; Maka Zorobabel branakkanlah Abiud, dan Abiud branakkanlah Illiakim, dan Illiakim branakkanlah Azor; Maka Azor branakkanlah Sadok, dan Sadok branakkanlah Akhim, dan Akhim branakkanlah Iliud; Maka Iliud branakkanlah Iliazar, dan Iliazar branakkanlah Mathan, dan Mathan branakkanlah Yakob; Maka Yakob branakkanlah Yusof, iya itu suami Mŭriam; maka deripada Mŭriam itulah tŭlah jadi Isa yang bŭrgŭlar Almasih. Adapun sagala katurunan deripada Ibrahim sampie kapada Daud, iya itu ampat blas katurunan; dan deripada Daud sampie kapada tŭtkala pindah kaBabil, itu pun ampat blas katurunan juga; dan deripada kutika pindah kaBabil sampielah kapada Almasih, ampat blas katurunan. ¶ Alkesah adapun pri kŭjadian Isa Almasih adalah dŭmkian: Shahadan adapun Mŭriam Ibunya itu sudahlah bŭrtunangan dŭngan Yusof: maka sabŭlom marika itu bŭrdamping, maka nyatalah Mŭriam itu tŭlah mŭngandong dŭngan kuasa Roh Alkudus. Maka Yusof tunangannya itu, sŭbab orang yang bŭnar, dan tiadalah iya mahu mŭmbri malu nyata nyata akan dia, maka iya bŭrfikirlah handak mŭmbuangkan dia diam diam. Adapun tŭtkala iya bŭrfikir dŭmkiam itu, hieran, dilihatnyalah sa’orang Maliekat Tuhan dalam mimpi, katanya, hie Yusof, anak Daud, bahwa janganlah angkau takot mŭnŭrima Mŭriam itu akan istrimu, kŭrna gandongannya itu tŭlah jadi dŭngan kuasa Roh Alkudus. Maka iya kŭlak akan bŭranak sa’orang anak laki laki, dan handaklah angkau namai akan dia ISA: kŭrna iyalah kŭlak akan mŭlŭpaskan umatnya deri pada dosanya. Adapun sagala hal ini tŭlah jadi supaya gŭnaplah pŭrkara yang dikatakan ulih Nabi iya itu deripada Tuhan, katanya, Tengoklah sa’orang anak darah itu akan mŭngandong dan bŭranakkan sa’orang anak laki laki, maka iya itu akan dinamai Imanuel, yang tŭrsalin artinya, Allah sŭrta kami.

MATIUS 1:1-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. Abraham beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yehuda serta saudara-saudaranya. Yehuda beroleh Peres dan Zerah daripada Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram. Ram beroleh Aminadab, Aminadab beroleh Nahason, dan Nahason beroleh Salmon. Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai, dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Salomo daripada isteri kepada Uria. Salomo beroleh Rehabeam, Rehabeam beroleh Abia, dan Abia beroleh Asa. Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia. Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia. Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia. Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel. Setelah dibuang ke Babel, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel. Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur. Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud. Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub. Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus yang dipanggil Kristus. Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Abraham hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran Kristus. Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus: Ibu-Nya, Maria bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, ternyata Maria mengandung melalui Roh Kudus. Yusuf, seorang yang salih, tidak mahu memalukan Maria di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam. Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi bahawa malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, “Hai Yusuf, anak Daud! Janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana anak di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.” Segala ini berlaku supaya terlaksanalah firman Tuhan melalui nabi-Nya: “Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.