LUKAS 9:51-56
LUKAS 9:51-56 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila sudah dekat masanya Yesus diangkat ke syurga, Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Yerusalem. Dia menyuruh orang pergi terlebih dahulu daripada Dia. Mereka berangkat dan pergi ke sebuah pekan di Samaria untuk menyediakan tempat bermalam bagi Yesus. Tetapi penduduk pekan itu tidak mahu menerima Yesus, kerana nyata sekali bahawa Yesus sedang menuju ke Yerusalem. Ketika Yakobus dan Yohanes, pengikut Yesus mengetahui hal itu, mereka berkata, “Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?” Yesus berpaling lalu memarahi mereka. Setelah itu Dia dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke pekan lain.
LUKAS 9:51-56 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skali pŭrstua apa bila sampielah waktu yang patutlah iya ditrima ka’atas, maka mŭngadaplah iya handak pŭrgi kaJerusalem. Maka disurohkannya suroh surohan dahulu, maka pŭrgilah marika itu lalu masok kŭdalam duson orang Samaritan akan mŭnyŭdiakan tŭmpat bagie dia. Maka tiadalah ditrima ulih marika itu, kŭrna pŭnghadapannya bŭtol handak pŭrgi kaJerusalem. Maka apabila dilihat ulih murid muridnya, iya itu Yakob dan Yahya itu, kata marika itu, Tuhan, mahukah angkau supaya kita surohkan api turon deri langit mŭnghanguskan marika itu spŭrti yang dipŭrbuat ulih Ilias itu? Tŭtapi bŭrpalinglah iya sŭrta ditŭngkingnya akan marika itu, katanya, Kamu tiada mŭngtahui apa pri prangie yang kamu ada. Kŭrna Anak manusia datang bukannya mŭmbinasakan jiwa manusia, mŭlainkan mŭmliharakan dia. Maka pŭrgilah marika itu kaduson yang lain.
LUKAS 9:51-56 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tatkala waktunya sudah dekat untuk Yesus diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Yerusalem. Dia menyuruh beberapa utusan mendahului-Nya. Mereka pun masuk ke sebuah kampung orang Samaria untuk menyediakan tempat persinggahan bagi Yesus. Tetapi orang Samaria tidak menerima Yesus kerana Dia sedang menuju ke Yerusalem. Ketika Yakobus dan Yohanes, murid-murid Yesus melihat perkara ini, mereka berkata, “Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?” Yesus berpaling dan memarahi mereka. Lalu mereka pergi ke sebuah kampung yang lain.