LUKAS 9:46-48
LUKAS 9:46-48 Alkitab Berita Baik (BM)
Pertengkaran timbul antara pengikut-pengikut Yesus tentang siapa yang terbesar. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Oleh itu Dia menyuruh seorang kanak-kanak berdiri di sisi-Nya. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Aku, menyambut Aku. Dan sesiapa yang menyambut Aku, juga menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang terkecil antara kamu, dialah yang terbesar!”
LUKAS 9:46-48 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭtlah itu bŭrbangkitlah suatu pŭrbantahan diantara marika itu, siapakah patut mŭnjadi tŭrlebih bŭsar. Maka dikŭtahuilah ulih Isa akan fikiran marika itu dalam hatinya, maka diambilnya sa’orang kanak kanak, lalu didudokkannya dŭkatnya: Maka katanya kapada marika itu, Barang siapa akan mŭnyambut kanak kanak ini dŭngan namaku, sŭrasa iya mŭnyambut aku; dan barang siapa mŭnyambut aku, sŭrasa iya mŭnyambut akan dia yang mŭnyurohkan aku, kŭrna orang yang tŭrkŭchil diantara kamu skalian, iya itu akan mŭnjadi bŭsar.
LUKAS 9:46-48 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka bertengkar sesama sendiri tentang siapa antara mereka yang terbesar. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Dia memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di sisi-Nya. Yesus berkata, “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Nama-Ku menyambut-Ku. Sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. Sebabnya yang terkecil antara kamu semua ialah yang terbesar!”