LUKAS 9:37-45
LUKAS 9:37-45 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan harinya Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya turun dari bukit dan orang ramai datang menjumpai Yesus. Seorang lelaki dari tengah-tengah orang ramai itu berseru, “Guru, tolonglah lihat anak saya - anak tunggal saya! Apabila roh jahat merasuknya, dia tiba-tiba berteriak dan menderita penyakit gila babi sehingga mulutnya berbuih. Roh jahat itu terus-menerus menyakiti dia dan tidak mahu melepaskannya! Saya telah meminta pengikut-pengikut Guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.” Yesus menjawab, “Hai kamu yang sesat dan tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu dan bersabar terhadap kamu?” Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Bawalah anakmu ke mari.” Ketika anak itu menghampiri Yesus, roh jahat membanting anak itu ke tanah lalu tubuhnya berkejang-kejang. Yesus mengusir roh jahat itu dan menyembuhkan anak itu, lalu menyerahkannya kembali kepada bapanya. Semua orang hairan melihat kuasa Allah yang begitu besar! Sementara mereka masih terhairan-hairan tentang segala perkara yang dilakukan-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Janganlah lupa akan apa yang Aku katakan ini: Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.” Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak memahami maksud kata-kata itu. Allah merahsiakan hal itu daripada mereka sehingga mereka tidak dapat memahaminya. Tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.
LUKAS 9:37-45 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada skali pŭrstua pada esoknya, apabila marika itu turon deri bukit itu, maka banyaklah orang bŭrtŭmu dŭngan Isa. Maka hieran, adalah sa’orang deripada pŭrhimpunan itu bŭrtriak, katanya, Guru, aku pinta akan dikau, lihatlah kiranya akan anak laki lakiku ini, kŭrna iyalah sa’orang sahja anakku. Maka tengoklah sa’orang hantu tŭlah mŭngambil akan dia, sŭkunyung kunyung iya bŭrtriaklah, dan dihŭmpas hŭmpaskannya akan dia sampielah bŭrbueh bueh mulotnya, sŭrta dilukakannya akan dia, sampielah ta’bulih tŭrlŭpas deripadanya. Maka aku mŭminta kapada murid muridmu mŭmbuangkan dia, tiadalah marika itu bulih. Maka Isa mŭnjawab, katanya, Hie kŭturonan yang korang iman, dan bŭbal, brapakah lama aku akan bŭrsama sama dŭngan angkau, dan mŭnahani akan dikau? Bawalah anakmu itu kŭmari. Maka tŭngah iya handak datang, dijatohkan ulih hantu itu kŭbawah, maka dihŭmpas hŭmpaskannya akan dia, maka Isa pun mŭnŭngkinglah akan hantu itu, sŭrta disŭmbohkannyalah akan budak itu, lalu disŭrahkannya kapada bapanya kŭmbali. ¶ Maka sagala marika itu pun hieranlah mŭlihat kwasa yang sangat bŭsar deripada Allah itu; tŭtapi sŭmŭntara hieran masing masing marika itu akan sagala pŭrkara yang dipŭrbuatnya, maka kata Isa kapada murid muridnya, Biarlah pŭrkataan ini masok kŭdalam tŭlingamu, kŭrna Anak manusia itu kŭlak disŭrahkan kŭdalam tangan manusia. Tŭtapi tiadalah marika itu mŭngarti akan pŭrkataan ini, maka adalah iya itu tŭrsŭmbunyi deripada marika itu, tiadalah iya mŭngarti akan dia; maka takotlah marika itu bŭrtanya kapadanya deirhal pŭrkataan itu.
LUKAS 9:37-45 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada keesokan harinya, mereka turun dari bukit itu dan orang ramai bertemu dengan Yesus. Seorang antaranya berseru, “Guru, tolonglah anakku kerana dia anak tunggalku. Dia dirasuk sesuatu roh lalu tiba-tiba dia berteriak dan tersentak-sentak sehingga mulutnya berbuih-buih. Roh itu mencederakannya dan tidak mahu melepaskannya. Aku telah memohon murid-murid-Mu supaya menghalau roh itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.” Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini! Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu dan bersabar denganmu? Bawa anakmu itu ke mari.” Semasa dia datang, roh jahat itu mencampakkannya ke tanah lalu membuatnya tersentak-sentak. Tetapi Yesus memarahi roh jahat itu, lalu menyembuhkan budak itu dan menyerahkannya kepada bapanya. Semua orang tercengang menyaksikan keagungan Allah. Sementara semua orang masih hairan akan segala yang dibuat oleh Yesus, Dia berkata kepada murid-murid-Nya, “Jangan lupa akan apa yang Aku katakan kepadamu ini: Anak Manusia akan diserahkan ke tangan manusia.” Mereka tidak mengetahui maksud kata-kata itu kerana tersembunyi daripada mereka supaya mereka tidak memahaminya. Mereka takut pula bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.