LUKAS 9:23-26
LUKAS 9:23-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu Dia berkata kepada orang ramai, “Sesiapa yang hendak mengikut Aku mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati. Apa gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati ataupun dihukum? Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, maka Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya dan dengan kemuliaan Bapa serta kemuliaan malaikat-malaikat yang suci!
LUKAS 9:23-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka katanya kapada marika itu skalian, Jikalau barang siapa yang handak mŭngikot aku, maka biarlah iya mŭnyangkali akan dirinya, dan mŭngangkat salibnya sa’hari hari, lalu mŭngikot aku. Kŭrna barang siapa yang mŭmliharakan jiwanya itu akan mŭnghilangkan dia; tŭtapi barang siapa yang mŭnghilangkan jiwanya ulih sŭbab aku, maka iya kŭlak akan mŭmliharakan dia. Kŭrna apakah faidahnya jikalau kiranya iya mŭndapat akan sagala dunia skali pun, tapi hilanglah dirinya atau iya dibuangkan. Kŭrna barang siapa yang ada malu akan daku, dan akan pŭrkataanku, maka kapadanyalah Anak manusia pun malu apabila iya kŭlak datang dŭngan kŭmuliannya, dan kŭmulian Ayahnya, dan mŭliekat mŭliekatnya yang suchi itu.
LUKAS 9:23-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada semua, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. Sesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya. Apakah untungnya kepada seseorang jika dia memiliki seluruh dunia tetapi dirinya sendiri kehilangan atau kerugian? Jika sesiapa malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, Anak Manusia juga malu mengakui dia tatkala Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya sendiri, dan dengan kemuliaan Bapa-Nya serta segala malaikat suci.