LUKAS 9:18-22
LUKAS 9:18-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. Ada juga yang berkata Elia. Tetapi yang lain berkata salah seorang nabi dahulu kala yang sudah hidup semula.” “Tetapi menurut kamu siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah.” Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun.” Dia berkata juga, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan.”
LUKAS 9:18-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada skali pŭrstua tŭtkala Isa sa’orang orang tŭngah mŭminta doa, adalah murid muridnya bŭrsama sama dŭngan dia; maka ditanyanya kapada marika itu, Siapakah aku ini kata sagala orang? Maka jawab marika itu, katanya, Yahya Pŭmbaptisa; tŭtapi ada yang bŭrkata Ilias; dan kata yang lain, iya itu sa’orang deripada nabi yang dahulu dahulu tŭlah bŭrbangkit pula. Maka katanya kapada marika itu, Tŭtapi siapakah kata kamu aku ini? Petros mŭnjawab katanya, Almasih yang deripada Allah. Maka dŭngan skutika itu juga diingatkannya kapada marika itu, sŭrta dipŭsannya janganlah dikatakan kapada sa’orang pun akan pŭrkara itu. Katanya, Anak manusia kŭlak dapat tiada mŭrasai banyak pŭrkara, sŭrta akan ditolakkan ulih orang tua tua, dan pŭnghulu pŭnghulu imam, dan khatib khatib, dan akan dibunoh, sŭrta dibangkitkan pula pada hari yang katiga.
LUKAS 9:18-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari semasa Yesus berdoa bersendirian, murid-murid-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, “Mengikut orang ramai, siapakah Aku?” Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada yang berkata Elia; ada pula yang berkata salah seorang nabi telah hidup semula.” Yesus bertanya kepada mereka, “Apa kata kamu: Siapakah Aku pula?” Petrus menjawab, “Kristus daripada Allah.” Dengan tegasnya Yesus melarang mereka memberitahu hal ini kepada sesiapa pun; dan menambah, “Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan dibangkitkan semula.”