LUKAS 6:48
LUKAS 6:48 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia seperti pembina rumah yang menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah pada batu. Air sungai melimpah dan melanda rumah itu, tetapi tidak dapat menggoncangkannya, kerana asas rumah itu dibina dengan teguh.
LUKAS 6:48 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah iya itu spŭrti sa’orang yang mŭmbangunkan sa’buah rumah, digalinya dalam dalam, sŭrta ditarohnya alas itu diatas sa’buah batu, maka apa bila datang ayer bah, harus pun mŭnŭmpoh tŭrlalu kras kapada rumah itu, tiadalah bulih mŭnggrakkan dia, ulih sŭbab iya tŭralas diatas sa’buah batu.
LUKAS 6:48 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia umpama seorang yang membina rumah. Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arus dari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapat menggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengan kukuh.