LUKAS 6:32-36
LUKAS 6:32-36 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, patutkah kamu menerima pujian? Tentu tidak! Orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka! Jika kamu berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepada kamu, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun berbuat demikian! Jika kamu memberikan pinjaman kepada orang yang dapat mengembalikannya, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun memberikan pinjaman kepada orang berdosa, lalu memintanya kembali! Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat. Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!”
LUKAS 6:32-36 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau kamu mŭngasihi akan orang yang mŭngasihi kamu, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang yang bŭrdosa pun mŭngasihi orang yang mŭngasihi akan dia. Maka jikalau kiranya kamu bŭrbuat baik kapada orang yang bŭrbuat baik kapadamu, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang orang yang bŭrdosa pun bŭrbuat dŭmkian juga. Maka jikalau kamu mŭmbri pinjam kapada orang, sŭrta harap akan dibalasnya pula, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang orang bŭrdosa pun mŭmbri pinjam kapada orang bŭrdosa, iya itu akan mŭnŭrima sŭbanyak itu pula. Tŭtapi kasihlah kamu akan musoh musohmu, dan bŭrbuatlah baik, dan brilah pinjam, maka satu pun janganlah harap akan dibalas lagi; maka fahalamu itu akan jadi bŭsar, maka kamu kŭlak akan mŭnjadi kanak kanak yang maha tinggi, kŭrna iya mŭngasihi akan orang yang tiada mŭnŭrima kasih, dan kapada yang jahat. Maka sŭbab itu jadilah kamu murah spŭrti Ayahmu yang ada kŭmurahan itu pun.
LUKAS 6:32-36 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka. Dan jika kamu membalas baik kepada orang yang berbuat baik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun berbuat demikian. Jika kamu meminjami orang yang kamu harap akan memulangkannya, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun meminjami orang berdosa untuk mendapatkan kembali sama banyaknya. Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim. Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.”