LUKAS 6:27-49

LUKAS 6:27-49 Alkitab Berita Baik (BM)

“Tetapi Aku berkata kepada kamu yang mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu. Jika seseorang menampar pipi kamu yang sebelah, biarkan dia menampar pipi kamu yang sebelah lagi. Jika seseorang merampas jubah kamu, berikanlah baju kamu juga. Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikan apa yang dimintanya; jika seseorang merampas milik kamu, janganlah minta kembali barang itu. Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, patutkah kamu menerima pujian? Tentu tidak! Orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka! Jika kamu berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepada kamu, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun berbuat demikian! Jika kamu memberikan pinjaman kepada orang yang dapat mengembalikannya, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun memberikan pinjaman kepada orang berdosa, lalu memintanya kembali! Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat. Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!” “Janganlah hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga. Janganlah hukum orang lain, supaya Allah tidak menghukum kamu juga. Ampunilah orang lain, supaya Allah mengampuni kamu juga. Apa yang kamu berikan kepada orang lain, Allah juga akan memberikannya kepada kamu. Allah akan mencurahi kamu pemberian yang berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu.” Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, “Jika seorang buta memimpin seorang buta yang lain, maka kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang. Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya. Apabila murid itu selesai belajar, dia menjadi sama seperti gurunya. Mengapakah kamu memperhatikan selumbar di dalam mata saudara kamu, tetapi tidak memperhatikan kayu balak di dalam mata kamu sendiri? Bagaimana mungkin kamu berkata kepada saudara kamu, ‘Maaf, saudara, biarlah saya keluarkan selumbar dari mata saudara,’ sedangkan kayu balak di dalam mata kamu sendiri tidak kamu lihat? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari mata kamu sendiri. Barulah kamu dapat melihat dengan jelas dan mengeluarkan selumbar dari mata saudara kamu.” “Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidak akan menghasilkan buah yang baik. Setiap pokok dikenal daripada buahnya. Kamu tidak memetik buah ara dari belukar berduri, ataupun buah anggur dari semak-semak. Orang baik mengeluarkan perkara-perkara baik kerana hati mereka berlimpah-limpah dengan kebaikan. Tetapi orang jahat mengeluarkan perkara-perkara jahat, kerana hati mereka penuh kejahatan. Orang mengucapkan perkara yang terkandung di dalam hati.” “Mengapa kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak menurut kata-kata-Ku? Beginilah keadaan setiap orang yang datang kepada-Ku dan mendengar kata-kata-Ku serta melakukannya. Dia seperti pembina rumah yang menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah pada batu. Air sungai melimpah dan melanda rumah itu, tetapi tidak dapat menggoncangkannya, kerana asas rumah itu dibina dengan teguh. Tetapi orang yang mendengar kata-kata-Ku dan tidak melakukannya, seperti orang yang membina rumah tanpa asas. Ketika banjir melanda, rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan itu!”

LUKAS 6:27-49 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu yang mŭnŭngar, kasihlah akan sŭtru sŭtrumu, dan bŭrbuatlah baik kapada orang yang mŭmbŭnchi akan dikau. Mintakanlah biar slamat akan marika itu yang mŭngutoki kamu, dan mintakanlah doa akan marika itu yang bŭrbuat jahat pada kamu. Dan kapada orang yang mŭnampar akan dikau kapada sŭblah pipi, brilah sŭblah yang lain pun; dan orang yang tŭlah mŭngambil slimutmu, janganlah larangkan mŭngambil bajumu pun. Brilah kapada skalian orang yang mŭminta kapadamu, dan kapada orang yang mŭngambil barang barangmu, janganlah dipinta pula. Maka spŭrti kamu kahandak orang patut bŭrbuat kapadamu, pŭrbuatlah angkau pula kapadanya spŭrti itu. Kŭrna jikalau kamu mŭngasihi akan orang yang mŭngasihi kamu, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang yang bŭrdosa pun mŭngasihi orang yang mŭngasihi akan dia. Maka jikalau kiranya kamu bŭrbuat baik kapada orang yang bŭrbuat baik kapadamu, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang orang yang bŭrdosa pun bŭrbuat dŭmkian juga. Maka jikalau kamu mŭmbri pinjam kapada orang, sŭrta harap akan dibalasnya pula, apakah trima kasih kamu dapat? kŭrna orang orang bŭrdosa pun mŭmbri pinjam kapada orang bŭrdosa, iya itu akan mŭnŭrima sŭbanyak itu pula. Tŭtapi kasihlah kamu akan musoh musohmu, dan bŭrbuatlah baik, dan brilah pinjam, maka satu pun janganlah harap akan dibalas lagi; maka fahalamu itu akan jadi bŭsar, maka kamu kŭlak akan mŭnjadi kanak kanak yang maha tinggi, kŭrna iya mŭngasihi akan orang yang tiada mŭnŭrima kasih, dan kapada yang jahat. Maka sŭbab itu jadilah kamu murah spŭrti Ayahmu yang ada kŭmurahan itu pun. Janganlah kamu kira kirakan, maka kamu pun kŭlak tiada dikira kirakan; janganlah salahkan, maka kamu pun kŭlak tiada akan disalahkan; amponlah, maka kamu kŭlak akan diamponi. Brilah, maka iya itu kŭlak akan dibri kapadamu ukoran baik, tindeh kabawah dŭngan diŭntak ŭntak, dŭngan lempahnya orang kŭlak akan mŭmbri digandongmu, maka dŭngan sukatan itu juga yang mana kamu sukatkan, maka pada kamu akan disukatkan pula. Maka bŭrkatalah Isa suatu pŭrumpamaan kapada marika itu, Bulihkah orang buta mŭmimpin orang buta? Bukankah kadua marika itu kŭlak akan jatoh kŭdalam paret? Adapun murid itu tiada akan tŭrlebih deripada Gurunya, tŭtapi barang siapa yang samporna akan mŭnjadi spŭrti Gurunya. Maka mŭngapakah kamu mŭmandang akan sampah yang ada dimata saudaramu, tŭtapi tiada kamu indahkan balak yang ada dalam matamu sŭndiri? Atau bagimanakah kamu bulih bŭrkata kapada saudaramu, Saudara, biarlah aku kluarkan sampah yang ada dalam matamu, apabila kamu sŭndiri tiada mŭmandang akan balak yang ada dalam matamu sŭndiri? Kamu munafik, buangkanlah kluar dahulu akan balak yang ada dalam matamu sŭndiri, maka kumdian kŭlak bulihlah kamu lihat dŭngan trangnya akan mŭngluarkan sampah yang ada dalam mata saudaramu. Kŭrna sa’pohon yang baik itu tiada bŭrbuah yang jahat, atau sa’pohon kayn yang jahat itu tiada bŭrbuahkan yang baik. Kŭrna tiap tiap pohon itu dikŭtahui ulih sŭbab buahnya sŭndiri, kŭrna deripada duri tiada orang bulih mŭmungot buah ara, atau deripada suatu sŭmak yang bŭrduri itu orang mŭmungot buah anggor. Adapun sa’orang baik itu deripada pŭrbandahran hatinya yang baik itu mŭngŭluarkan pŭrkara yang baik, dan sa’orang yang jahat itu deripada pŭrbandahran hatinya yang jahat itu mŭngŭluarkan pŭrkara yang jahat; kŭrna deripada kŭlempahan dalam hatinya, mulotnya bŭrkata kata. ¶ Maka mŭngapakah kamu mŭmanggil aku Tuhan, Tuhan, dan tiada bŭrbuat pŭrkara yang aku bŭrkata? Maka barang siapa yang datang kapadaku, dan mŭnŭngar pŭrkataanku sŭrta bŭrbuat akan dia, aku kŭlak nyatakan dŭngan siapakah iya itu disamakan: Maka adalah iya itu spŭrti sa’orang yang mŭmbangunkan sa’buah rumah, digalinya dalam dalam, sŭrta ditarohnya alas itu diatas sa’buah batu, maka apa bila datang ayer bah, harus pun mŭnŭmpoh tŭrlalu kras kapada rumah itu, tiadalah bulih mŭnggrakkan dia, ulih sŭbab iya tŭralas diatas sa’buah batu. Adapun orang yang mŭnŭngar, tŭtapi tiada bŭrbuat itu, iya itu spŭrti sa’orang bangunkan sa’buah rumah diatas tanah dŭngan tiada bŭralas, maka harus itu pun mŭnŭmpohlah dŭngan krasnya ka’atasnya, maka dŭngan sŭbŭntar juga robohlah iya; maka kabinasaan rumah itu bŭsarlah adanya.

LUKAS 6:27-49 Alkitab Versi Borneo (AVB)

“Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu. Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlah dia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambil jubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga. Berilah setiap orang yang meminta sesuatu daripadamu dan jika sesiapa mengambil barangmu, jangan tuntut balik barang itu. Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka. Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka. Dan jika kamu membalas baik kepada orang yang berbuat baik kepadamu, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun berbuat demikian. Jika kamu meminjami orang yang kamu harap akan memulangkannya, apakah kelebihanmu? Orang berdosa pun meminjami orang berdosa untuk mendapatkan kembali sama banyaknya. Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim. Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan.” “Janganlah kamu hakimi orang supaya kamu tidak akan dihakimi. Janganlah kamu hukum orang supaya kamu tidak dihukum. Ampunilah orang dan kamu akan diampuni. Berilah kepada orang dan kamu akan diberi. Suatu takaran yang baik, dipadatkan dan digoncang sehingga melimpah-ruah akan dicurahkan ke atas pangkuanmu. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.” Kemudian Yesus memberitahu suatu ibarat lagi. “Bolehkah orang buta memimpin orang buta? Tidakkah kedua-duanya akan jatuh ke dalam parit? Tiada murid yang melebihi gurunya; tetapi setiap murid yang terlatih dengan sempurna akan menyerupai gurunya. Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar itu daripada matamu’ sedangkan kamu tidak nampak sebatang kayu balak terpampang di matamu sendiri? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak daripada matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar daripada mata saudaramu.” “Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidak akan menghasilkan buah yang baik. Tiap-tiap pokok dikenal daripada buahnya. Orang tidak memetik buah ara daripada pokok duri atau buah anggur daripada semak duri. Orang yang baik membuahkan hal-hal yang baik daripada khazanah simpanannya kerana hatinya penuh kebaikan; orang yang jahat membuahkan hal-hal yang jahat kerana hatinya penuh kejahatan. Yang diluahkan mulutnya, meluap daripada hatinya.” “Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku? Aku akan menunjukkan kepadamu keadaan orang yang datang kepada-Ku dan mendengar serta menurut kata-kata-Ku. Dia umpama seorang yang membina rumah. Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arus dari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapat menggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengan kukuh. Akan tetapi, orang yang mendengar dan tidak menurut kata-kata-Ku umpama seorang yang membina rumah di atas tanah tanpa asas. Apabila dilanda arus sungai, rumah itu akan runtuh dan kerosakannya besar sekali.”

LUKAS 6:27-49

LUKAS 6:27-49 BMLUKAS 6:27-49 BM