LUKAS 6:20-21
LUKAS 6:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata, “Berbahagialah kamu yang miskin; kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah kamu yang lapar sekarang; kamu akan dikenyangkan! Berbahagialah kamu yang menangis sekarang; kamu akan tertawa!
LUKAS 6:20-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka diangkatnyalah matanya mŭmandang murid muridnya, maka katanya, Bŭrbahgialah kiranya kamu yang mŭskin, kŭrna kamulah ampunya krajaan Allah. Bŭrbahgialah kiranya bagie kamu yang lapar skarang, kŭrna kamu akan dikŭnyangkan. Bŭrbahgialah kamu yang mŭnangis skarang, kŭrna kamu kŭlak akan tŭrtawa.
LUKAS 6:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memandang murid-murid-Nya lalu berkata: “Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah. Diberkatilah kamu yang lapar sekarang, kerana kamu akan dipuaskan. Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria.