LUKAS 5:9-11
LUKAS 5:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Simon dan semua orang yang bersama-sama dia kagum melihat banyaknya ikan yang dijala oleh mereka. Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, “Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.” Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.
LUKAS 5:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna Simon dan sagala orang yang ada bŭrsama sama dungan dia tŭrchŭnganglah, sŭbab mŭlihat banyak ikan akan ditangkapnya itu. Maka dŭmkianlah juga Yakob dan Yahya, anak Zabdi yang tŭlah bŭrakan dŭngan Simon. Maka bŭrkatalah Isa kapada Simon, Janganlah takot, kŭrna deripada masa ini angkau kŭlak akan mŭnangkap orang. Maka apabila sudahlah dibawa ulih marika itu pŭrahunya kŭdarat, maka ditinggalkannyalah skalian lalu mŭngikot akan dia.
LUKAS 5:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Simon dan semua orang yang bersamanya takjub melihat begitu banyak ikan yang dapat ditangkap mereka. Begitu juga Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon. Yesus berkata kepada Simon, “Jangan takut! Mulai sekarang, engkau akan menjala manusia!” Setelah mereka menyadaikan perahu-perahu itu, mereka meninggalkan semuanya lalu mengikut Yesus.