LUKAS 5:12-13
LUKAS 5:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, “Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!” Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. “Aku mahu,” kata-Nya, “sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.
LUKAS 5:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada skali pŭrstua tŭtkala Isa ada dalam sa’buah nŭgri anu, maka sŭsungguhnya adalah sa’orang pŭnoh dŭngan kusta, apabila dilihatnya Isa, maka sujudlah iya kabumi, sŭrta minta kapadanya, katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu bulihlah angkau mŭnyuchikan aku. Maka dihulorkannyalah tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Baiklah, jadilah angkau suchi. Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga kusta itu pun tŭrbanglah deripadanya.
LUKAS 5:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari Yesus berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Yesus, dia meniarap lalu merayu kepada-Nya, “Tuan, jika Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.” Lalu Yesus pun menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga, penyakit kustanya hilang.