LUKAS 5:10-11
LUKAS 5:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, “Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.” Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.
LUKAS 5:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah juga Yakob dan Yahya, anak Zabdi yang tŭlah bŭrakan dŭngan Simon. Maka bŭrkatalah Isa kapada Simon, Janganlah takot, kŭrna deripada masa ini angkau kŭlak akan mŭnangkap orang. Maka apabila sudahlah dibawa ulih marika itu pŭrahunya kŭdarat, maka ditinggalkannyalah skalian lalu mŭngikot akan dia.
LUKAS 5:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Begitu juga Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon. Yesus berkata kepada Simon, “Jangan takut! Mulai sekarang, engkau akan menjala manusia!” Setelah mereka menyadaikan perahu-perahu itu, mereka meninggalkan semuanya lalu mengikut Yesus.