LUKAS 4:24-27
LUKAS 4:24-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa, sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, tiada sa’orang nabi itu yang ditrima dalam nŭgrinya sŭndiri. Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu dŭngan sŭbŭnarnya, maka banyaklah pŭrampuan bujang yang ada dalam Israil pada zaman Ilias, maka apabila langit itu tŭlah tŭrtutop tiga tahun anam bulan, tŭtkala kŭlaparan yang bŭsar sŭgŭuap tanah; Tŭtapi kapada sa’orang pun tidak Ilias itu disurohkan, mŭlainkan kapada Sarepta, sa’buah nŭgri yang diSidon, kapada sa’orang pŭrampuan janda. Maka banyaklah orang yang bŭrkusta dalam Israil pada zaman nabi Ilias, maka sa’orang pun deripada marika itu tiada disuchikan, mŭlainkan Naaman orang Asyrian itu.
LUKAS 4:24-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menambah, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tiada seorang nabi pun yang diterima di kotanya sendiri. Dengarlah, sesungguhnya terdapat ramai balu di negeri Israel pada zaman Elia tatkala langit tertutup tidak menurunkan hujan selama tiga tahun enam bulan, dan terjadilah bencana kebuluran di seluruh negeri itu. Tetapi Elia tidak diutus kepada seorang jua pun kecuali seorang balu di bandar Sarfat di Sidon. Demikian juga, ada ramai orang yang berpenyakit kusta di Israel pada zaman Nabi Elisa tetapi tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang ditahirkan melainkan Naaman, orang Siria.”
LUKAS 4:24-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata lagi, “Ketahuilah, seorang nabi tidak pernah dihormati di kampung halamannya sendiri. Dengarkan kata-kata-Ku: Memang ada banyak balu di Israel pada zaman Nabi Elia. Pada masa itu musim kemarau berlanjutan, kerana hujan tidak turun selama tiga tahun setengah sehingga bencana kebuluran yang dahsyat berlaku di negeri itu. Tetapi Allah tidak menyuruh Elia pergi kepada salah seorang balu itu. Dia disuruh pergi kepada seorang balu yang tinggal di Sarafat di daerah Sidon. Demikian juga ada banyak orang berpenyakit kulit yang mengerikan di Israel pada zaman Nabi Elisa. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka disembuhkan, kecuali Naaman orang Siria itu.”