LUKAS 4:18-20
LUKAS 4:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
“Roh Tuhan ada pada-Ku. Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin. Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas, serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya.” Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk. Mata semua orang di dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus.
LUKAS 4:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun Roh Tuhan itu adalah kapadaku, sŭbab iya tŭlah mŭlantekkan aku akan mŭngajar Injil kapada orang mŭskin; iya tŭlah mŭnyurohkan aku mŭnyŭmbohkan orang yang pŭchah hatinya; akan mŭngajar kŭlŭpasan akan orang tawanan, dan mŭmbukakau akan pŭnglihatan orang yang buta, dan akan mŭmbibaskan orang orang yang luka hatinya; Akan mŭngajar tahun Tuhan yang patut ditrimanya. Maka ditutopkannyalah kitab itu, sŭrta dipulangkannya pula kapada khadam, lalu dudoklah iya; adapun mata sagala orang yang ada dalam kŭnisa itu pun bulatlah ka’atasnya.
LUKAS 4:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” Yesus menutup kitab itu dan memulangkannya kepada petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam saumaah itu tertumpu kepada-Nya.