LUKAS 4:16-21
LUKAS 4:16-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus pergi ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat, seperti biasa Yesus pergi ke rumah ibadat. Dia berdiri untuk membaca Alkitab, lalu Dia diberikan gulungan naskhah yang berisi perkhabaran daripada Nabi Yesaya. Yesus membuka gulungan naskhah itu, lalu mendapatkan bahagian yang tertulis, “Roh Tuhan ada pada-Ku. Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin. Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas, serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya.” Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk. Mata semua orang di dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus. Yesus mula berkata kepada mereka, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya.”
LUKAS 4:16-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pŭrgilah iya kaNazareth, ditŭmpat iya dipliharakan, spŭrti adatnya, pŭrgilah iya kŭdalam kŭnisa pada hari sabtu, sambil iya handak mŭmbacha. Maka disana tŭlah dibrikan kapadanya akan kitab nabi Jasia, maka apabila dibukanya akan kitab itu, didapatinya akan tŭmpat yang tŭlah tŭrtulis, Adapun Roh Tuhan itu adalah kapadaku, sŭbab iya tŭlah mŭlantekkan aku akan mŭngajar Injil kapada orang mŭskin; iya tŭlah mŭnyurohkan aku mŭnyŭmbohkan orang yang pŭchah hatinya; akan mŭngajar kŭlŭpasan akan orang tawanan, dan mŭmbukakau akan pŭnglihatan orang yang buta, dan akan mŭmbibaskan orang orang yang luka hatinya; Akan mŭngajar tahun Tuhan yang patut ditrimanya. Maka ditutopkannyalah kitab itu, sŭrta dipulangkannya pula kapada khadam, lalu dudoklah iya; adapun mata sagala orang yang ada dalam kŭnisa itu pun bulatlah ka’atasnya. Maka dimulainyalah bŭrkata kapada marika itu, Bahwa hari inilah tulisan itu digŭnapi ditlinga tlinga kamu.
LUKAS 4:16-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus kembali ke Nazaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat Dia pergi ke saumaah seperti kebiasaan-Nya. Lalu Dia berdiri untuk membaca Kitab Suci. Kitab Nabi Yesaya diberikan kepada Yesus dan Dia membuka kitab itu untuk membaca ayat yang tersurat: “Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!” Yesus menutup kitab itu dan memulangkannya kepada petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam saumaah itu tertumpu kepada-Nya. Yesus mula berucap kepada mereka, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya.”