LUKAS 3:15-18
LUKAS 3:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Harapan orang ramai mula timbul. Mereka tertanya-tanya sama ada Yohanes itu Penyelamat yang diutus oleh Allah. Yohanes berkata kepada mereka, “Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam!” Demikianlah Yohanes menasihati orang dengan berbagai-bagai cara, pada waktu dia mengisytiharkan Berita Baik.
LUKAS 3:15-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭtkala kaum itu dalam mŭnantikan, dan sagala orang pun mŭnyangka nyangka dalam hati derihal Yahya itu, iyakah dia Almasih atau bukan, Maka jawab Yahya, katanya kapada marika itu skalian, Maka dŭngan sŭsungguhnya aku mŭmbaptisakan kamu dŭngan ayer, tŭtapi sa’orang yang tŭrlebih bŭrkwasa deripada aku kŭlak akan datang, maka tali kasutnya tiadalah layak aku mŭmbuka, maka iyalah akan mŭmbaptisakan kamu dŭngan Roh Alkudus, dan dŭngan api. Kipasnya ada dalam tangannya, maka iya akan mŭngirek baik baik gandomnya, sŭrta mŭngampongkan gandomnya kŭdalam langguannya, tŭtapi sŭkam itu akan dibakarkannya dŭngan api yang tiada padam. Maka banyaklah pŭrkara pŭrkara yang lain dalam pŭngajaranya, diajarnya kapada kaum itu.
LUKAS 3:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapan dan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yohanes kalau-kalau dialah Kristus itu. Yohanes berkata kepada mereka, “Aku ini membaptis kamu dengan air tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang. Aku ini tidak layak walaupun untuk mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan membaptis kamu dengan Roh Kudus dan api. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat pembantingan dan mengumpulkan gandum di dalam jelapang-Nya tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yang tidak dapat dipadamkan.” Yohanes menasihati orang dengan pelbagai cara serta memberitakan Injil kepada mereka.