LUKAS 24:46-49
LUKAS 24:46-49 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem. Kamulah saksi semua perkara ini. Aku akan mengirim apa yang telah dijanjikan oleh Bapa kepada kamu. Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kuasa daripada Allah turun kepada kamu.”
LUKAS 24:46-49 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka katanya kapada marika itu, Dŭmkianlah tŭlah tŭrtulis, dan dŭmkianlah patut Almasih itu akan mŭrasai, dan bŭrbangkit deripada mati pada hari yang katiga. Maka taubat, dan kalŭpasan deripada dosa patutlah dimashorkan dŭngan namanya diantara sagala bangsa, mulai diJerusalem. Maka kamulah ada saksi derihal pŭrkara pŭrkara ini. ¶ Maka sŭsungguhnya aku sampiekan pŭrjanjian Ayahku ka’atas kamu, tŭtapi nantilah kamu dalam nŭgri Jerusalem sampie kamu bŭrulih kwasa deripada kŭtinggian.
LUKAS 24:46-49 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia berkata lagi, “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem. Kamulah saksi segala perkara ini. Dan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi.”