LUKAS 24:44-47
LUKAS 24:44-47 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Dia berkata kepada mereka, “Inilah perkara-perkara yang telah Aku beritahu kamu tatkala Aku masih bersama-sama kamu: Setiap perkara yang tertulis tentang diri-Ku di dalam Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Mazmur mesti berlaku.” Kemudian Yesus membuka fikiran mereka supaya memahami maksud Alkitab. Yesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga. Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem.
LUKAS 24:44-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka katanya kapada marika itu, Adapun pŭrkataan inilah yang kukatakan kapada kamu sŭmŭntara aku lagi dŭngan kamu, iya itu sagala pŭrkara pŭrkara itu dapat tiada akan digŭnapi, yang tŭlah tŭrtulis dalam Tauret Musa, dan dalam surat nabi nabi, dan dalam Mazmor derihal aku. Sŭtlah itu dibukakannyalah akal marika itu, supaya bulih mŭngarti akan kitab itu. Maka katanya kapada marika itu, Dŭmkianlah tŭlah tŭrtulis, dan dŭmkianlah patut Almasih itu akan mŭrasai, dan bŭrbangkit deripada mati pada hari yang katiga. Maka taubat, dan kalŭpasan deripada dosa patutlah dimashorkan dŭngan namanya diantara sagala bangsa, mulai diJerusalem.
LUKAS 24:44-47 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian, Dia berkata kepada mereka, “Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku.” Lalu Dia membuka pintu pemahaman mereka supaya mereka mengerti maksud Kitab Suci. Dia berkata lagi, “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem.