LUKAS 23:44-47
LUKAS 23:44-47 Alkitab Berita Baik (BM)
Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang. Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai. Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!” Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal. Ketua askar nampak apa yang telah berlaku. Dia memuji Allah dan berkata, “Memang Dia tidak bersalah!”
LUKAS 23:44-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah kira kira pada pukol duablas, maka tŭlah jadi gŭlap diatas bumi sampielah pada pukol tiga pŭtang. Maka matahari pun gŭlaplah, dan tirie ka’abah pun chareklah tŭngah tŭngahnya. ¶ Maka apabila bŭrtriaklah Isa dŭngan nyaring suara, katanya, Ayah, dalam tanganmulah aku sŭrahkan rohku; maka sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian, maka putuslah nyawanya. Maka apabila dilihat ulih pŭnghulu sa’ratus orang apa yang tŭlah jadi itu, iya pun mŭmuliakan Allah, katanya, Sŭsungguhnya inilah sa’orang yang bŭnar.
LUKAS 23:44-47 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika itu kira-kira jam keenam hingga jam kesembilan, seluruh negeri itu diselubungi kegelapan, kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. Yesus berseru dengan kuat, “Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!” Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir. Ketua tentera yang menyaksikan apa yang telah terjadi memuji Allah, “Sesungguhnya, orang ini orang yang benar.”