LUKAS 23:32-34
LUKAS 23:32-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada pula dua orang penjahat yang akan disalibkan bersama-sama Yesus. Apabila tiba di tempat yang disebut “Tengkorak,” mereka menyalibkan Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu - seorang di sebelah kanan Yesus dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.” Pakaian Yesus dibahagi-bahagikan antara mereka sendiri dengan membuang undi.
LUKAS 23:32-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah dua orang lain pun yang dŭrhaka dibawa orang bŭrsama sama dŭngan Isa yang handak dibunoh. Maka apabila sampielah marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Kalbari maka disanalah disalibkannya akan Isa dan orang orang yang dŭrhaka itu, sa’orang disŭblah kanan dan sa’orang disŭblah kiri. ¶ Sŭtlah itu kata Isa, Ayah ampunilah akan marika itu kŭrna tiada dikŭtahui marika itu apa yang dipŭrbuatnya. Maka dibahgi ulih marika itu pakiean Isa dŭngan mŭmbuang undi.
LUKAS 23:32-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada dua orang lain, iaitu kedua-duanya penjahat, yang akan dibunuh bersama Yesus. Setelah mereka sampai ke tempat yang bernama, “Tengkorak,” mereka pun menyalib Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu, seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan mereka.” Mereka membahagi-bahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi.