LUKAS 22:67-71
LUKAS 22:67-71 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka berkata, “Katakanlah, benarkah kamu ini Penyelamat yang diutus oleh Allah?” Yesus menjawab, “Jika Aku memberitahu kamu, kamu pun tidak mahu percaya. Jika Aku bertanya apa-apa, kamu tidak mahu menjawab. Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa.” Mereka semua bertanya, “Adakah kamu ini Anak Allah?” Yesus menjawab, “Begitulah yang kamu katakan.” Mereka berkata, “Kita tidak perlu saksi lagi! Kita telah mendengar apa yang dikatakannya!”
LUKAS 22:67-71 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Angkaukah Almasih, katalah kapada kami? maka katanya kapada marika itu, Jikalau aku kata kapadamu, tiada kamu akan pŭrchaya. Maka jikalau aku pun bŭrtanya kapada kamu, kamu tiada akan mŭmbri jawab akan daku, atau mŭlŭpaskan aku. Tŭtapi kumdian kŭlak anak manusia dudok disŭblah tangan kanan kudrat Allah. ¶ Sŭtlah itu kata marika itu skalian, Kalau bŭgitu, angkaukah anak Allah? maka katanya kapada marika itu, kamu kata aku dia itu. Maka kata marika itu, apakah gunanya lagi saksi kŭrna kami sŭndiri tŭlah mŭnŭngar deripada mulotnya sŭndiri.
LUKAS 22:67-71 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jika Engkau Kristus, katakanlah kepada kami.” Yesus berkata kepada mereka, “Jika Aku mengatakan kepadamu, kamu tidak percaya juga. Dan jika Aku bertanya kepadamu, kamu juga tidak menjawab. Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa.” Mereka semua bertanya, “Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?” Yesus berkata kepada mereka, “Benarlah katamu.” Mereka berkata, “Apa perlunya saksi lagi? Kita sendiri telah mendengar apa yang dikatakan-Nya!”