LUKAS 22:39-44
LUKAS 22:39-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus meninggalkan kota itu. Seperti biasa Dia pergi ke Bukit Zaitun dan pengikut-pengikut-Nya menyertai Dia. Apabila Yesus tiba di situ, Dia berkata kepada mereka, “Berdoalah agar kamu tidak berdosa ketika menghadapi cubaan.” Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu. Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” Malaikat dari syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia. Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.
LUKAS 22:39-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka kluarlah iya lalu pŭrgi spŭrti adatnya kŭbukit Zieton, maka murid muridnya pun mŭngikutlah akan dia. Maka apabila datanglah iya kŭtŭmpat itu, katanya kapada marika itu, Mintalah doa supaya kamu jangan tŭrmasok kŭdalam pŭrchobaan. Maka adalah iya jauh sŭdikit deripada marika itu, kira kira sŭpŭngumban batu, lalu bertŭlotlah iya sŭrta mŭminta doa. Katanya Ayah, jikalau kiranya angkau kahandaki undorkanlah piala ini deripadaku, itupun bukannya dŭngan kahandakku mŭlainkan dŭngan kahandakmu jadilah. Maka klihatanlah padanya sa’orang mŭliekat deri langit mŭnguatkan akan dia. Maka dalam sangsara itu iya mŭminta doa tŭrlehih rajin, maka pŭlohnya pun bertiteklah spŭrti gumpal darah jatoh kŭbumi.
LUKAS 22:39-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke Bukit Zaitun seperti kebiasaan-Nya. Murid-murid-Nya pergi bersama Dia. Sesampainya ke tempat itu, Dia berkata kepada mereka, “Berdoalah kamu supaya kamu tidak tergoda.” Yesus pergi jauh sedikit daripada mereka, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa. “Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan.” Malaikat dari syurga datang dan menguatkan-Nya. Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.