LUKAS 21:9-10
LUKAS 21:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Jangan takut apabila kamu mendengar berita tentang peperangan dan pemberontakan. Semua perkara ini mesti berlaku terlebih dahulu, tetapi hal ini tidak bererti bahawa akhir zaman sudah tiba.” Yesus berkata lagi, “Bangsa yang satu akan berperang melawan bangsa yang lain dan kerajaan yang satu akan menyerang kerajaan yang lain.
LUKAS 21:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi apabila kamu mŭnŭngar derihal prang prang, dan gŭmpar gŭmpar, janganlah takot, kŭrna pŭrkara pŭrkara inilah dapat tiada akan datang mula mula, tŭtapi akhirnya itu bŭlom sampie lagi. Sŭtlah itu kata Isa kapada marika itu, Bangsa kŭlak akan bŭrbangkit mŭlawan bangsa, dan krajaan mŭlawan krajaan.
LUKAS 21:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila kamu mendengar tentang peperangan dan pemberontakan, janganlah kamu gentar. Peristiwa-peristiwa ini akan berlaku terlebih dahulu tetapi waktu akhir zaman tidak akan berlaku dengan segera.” Kemudian Yesus berkata kepada mereka, “Bangsa akan bangkit bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan