LUKAS 21:31-34
LUKAS 21:31-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah. Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” “Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu datang dengan tiba-tiba.

LUKAS 21:31-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkianlah juga kamu, apabila kamu mŭlihat akan pŭrkara pŭrkara ini jadi, bahwa kŭtahuilah ulihmu, adapun krajaan Allah itu adalah hampir sampie. Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, adapun kŭturonan ini tiada akan lalu, sahingga skalian jadi gŭnap. Langit dan bumi ini akan lŭnyap, tŭtapi pŭrkataanku ini tiada akan putus. ¶ Maka ingatlah akan dirimu sŭndiri, asal jangan barang bila kŭlak hatimu bŭrisi sangat dŭngan lazat makan minum dan mabok, dan sangkot paut akan kahidopan dunia ini, sahingga datanglah hari itu mŭnŭrpa kamu dŭngan tiada sŭdar.
LUKAS 21:31-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikian juga apabila kamu melihat segala perkara ini terjadi, ketahuilah bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, angkatan zaman ini tidak akan luput sebelum segalanya ini terjadi. Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.” “Berjaga-jagalah agar hatimu tidak dibeban dengan kesia-siaan dan kemabukan serta soal-soal hal hidup sehingga kamu tidak bersedia menghadapi hari itu yang datang dengan tidak disangka-sangka.