LUKAS 21:25-26
LUKAS 21:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
“Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut. Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.
LUKAS 21:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka akan mŭnjadi kŭlak tanda dalam matahari, dan dalam bulan, dan dalam bintang bintang, dan atas bumi, kŭsusahan bagie bangsa bangsa dŭngan bŭrkachau, maka laut dan ombak pun mŭndru. Maka hati orang orang pun mŭnjadi lŭmahlah sŭbab takot, dan sŭbab mŭlihatkan pŭrkara pŭrkara itu yang datang kŭlak ka’atas bumi, kŭrna kwasa langit pun akan digunchangkan.
LUKAS 21:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Alamat akan kelihatan pada matahari, bulan dan bintang-bintang. Di muka bumi ini semua bangsa kelak sengsara dan bingung akan deru serta gelora lautan. Sementara menantikan apa yang akan datang ke muka bumi, manusia akan jatuh pengsan kerana takut dan bimbang terhadap apa yang akan terjadi di dunia. Kuasa-kuasa di langit akan digoncang.