LUKAS 2:25-32
LUKAS 2:25-32 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan. Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya. Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah, “Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa; bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”
LUKAS 2:25-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang dalam Jerusalem yang bŭrnama Simon, maka iya itu sa’orang yang bŭnar, lagi bŭrbakti, adalah iya tŭngah mŭnantikan pŭnghiburan Israil itu, maka Roh Alkudus adalah kapadanya. Maka tŭlah dinyatakan kapadanya ulih Roh Alkudus, maka tiadalah kŭlak iya akan mŭlihat kŭmatian, sŭbŭlom iya mŭlihat akan Almasih Tuhan. Maka datanglah iya dŭngan kwasa Roh kŭdalam ka’abah, apabila dibawalah ibu bapanya akan Isa, kanak kanak itu handak dipŭrbuat akan dia spŭrti adat Tauret, Lalu diambil ulih Simon akan dia didokongnya, sambil mŭmuji Allah, sŭrta katanya, Tuhan, skaranglah kiranya biar hambamu kŭmbali dŭngan sŭjahtranya spŭrti fŭrmanmu. Kŭrna mataku tŭlah mŭlihat slamatmu: Yang tŭlah angkau sŭdiakan dihadapan muka sagala kaum. Iya itu suatu trang akan mŭnŭrangkan orang sŭsat; suatu kŭmuliaanlah kapada kaummu Israil.
LUKAS 2:25-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada masa itu ada seorang di Yerusalem yang bernama Simeon. Seorang yang salih dan takut kepada Allah, Simeon menantikan masa terhiburnya Israel. Dan dia disertai Roh Kudus. Roh Kudus telah memberitahunya bahawa dia tidak akan meninggal dunia sebelum dia melihat Kristus yang dijanjikan oleh Tuhan. Atas pimpinan Roh dia masuk ke dalam Bait Suci. Ketika Yesus, anak itu, dibawa masuk oleh ibu bapa-Nya untuk menunaikan hukum Taurat itu, Simeon mendukung Dia dan memuji Allah lalu berkata: “Ya Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu pergi dengan sejahtera, menurut firman-Mu: kerana mataku telah melihat penyelamatan-Mu yang telah Kausediakan di hadapan segala bangsa, satu cahaya yang akan menunjukkan jalan kepada bangsa-bangsa asing dan menjadi kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”