LUKAS 2:21-33

LUKAS 2:21-33 Alkitab Berita Baik (BM)

Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum Dia dikandung oleh ibu-Nya. Tibalah masanya Yusuf dan Maria menjalankan upacara penyucian menurut Taurat Musa. Oleh itu, mereka membawa anak itu ke Yerusalem untuk diserahkan kepada Tuhan. Di dalam hukum Tuhan tertulis, “Tiap-tiap anak lelaki sulung harus diserahkan kepada Tuhan.” Mereka juga mempersembahkan korban menurut hukum Tuhan, iaitu sepasang burung dara atau dua ekor burung merpati muda. Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan. Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya. Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah, “Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa; bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.” Ibu bapa anak itu hairan mendengar apa yang dikatakan oleh Simeon tentang anak itu.

LUKAS 2:21-33 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka apabila dŭlapan hari tŭlah gŭnaplah, supaya budak itu disunatkan, maka dinamai akan dia ISA, yang tŭlah dinamai dŭmkian ulih mŭliekat tŭrdahulu deripada iya lagi digandongkan dalam rahim. Maka apabila sudah lŭpas hari suchi maknya spŭrti hukum Musa itu, maka dibawalah ulih marika itu akan dia kanŭgri Jerusalem, handak dihadapkan kapada Tuhan. Spŭrti yang tŭrtulis dalam hukum Tuhan, Skalian laki laki yang kluar deri prot, iya itu akan disŭbot suchi kapada Tuhan. Dan akan dipŭrsŭmbahkan suatu korban spŭrti yang tŭlah tŭrsŭbot dalam hukum Tuhan, Sa’pasang tŭkukor, atau dua ekor anak mŭrpati. ¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang dalam Jerusalem yang bŭrnama Simon, maka iya itu sa’orang yang bŭnar, lagi bŭrbakti, adalah iya tŭngah mŭnantikan pŭnghiburan Israil itu, maka Roh Alkudus adalah kapadanya. Maka tŭlah dinyatakan kapadanya ulih Roh Alkudus, maka tiadalah kŭlak iya akan mŭlihat kŭmatian, sŭbŭlom iya mŭlihat akan Almasih Tuhan. Maka datanglah iya dŭngan kwasa Roh kŭdalam ka’abah, apabila dibawalah ibu bapanya akan Isa, kanak kanak itu handak dipŭrbuat akan dia spŭrti adat Tauret, Lalu diambil ulih Simon akan dia didokongnya, sambil mŭmuji Allah, sŭrta katanya, Tuhan, skaranglah kiranya biar hambamu kŭmbali dŭngan sŭjahtranya spŭrti fŭrmanmu. Kŭrna mataku tŭlah mŭlihat slamatmu: Yang tŭlah angkau sŭdiakan dihadapan muka sagala kaum. Iya itu suatu trang akan mŭnŭrangkan orang sŭsat; suatu kŭmuliaanlah kapada kaummu Israil. Maka Yusof sŭrta bondanya pun hieranlah akan pŭrkara itu yang tŭlah dikatakan deri halnya.