LUKAS 2:11-14
LUKAS 2:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan. Inilah tandanya: Kamu akan menemui seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung.” Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah, “Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!”
LUKAS 2:11-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna kapada kamu tŭlah jadi pada hari ini dalam nŭgri Daud sa’orang Pŭnulong, maka iya itulah Almasih Tuhan itu. Maka inilah tandahnya kapada kamu, maka kamu akan mŭndapat kanak kanak itu bŭrbalot dŭngan kain bŭdong, tŭrlŭtak dalam suatu kandang. Maka sŭkunyung kunyung adalah disana bŭrsama sama dŭngan mŭliekat suatu bŭlatŭntara deri langit bŭrpasukan mŭmuji Allah; maka katanya, Pujilah akan Allah dalam kŭtinggiannya, dan sŭjahtralah diatas bumi, kŭbajikan bagie manusia.
LUKAS 2:11-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. Inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anak yang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung.” Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh satu angkatan syurga yang besar memuji-muji Allah: “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.”