LUKAS 2:10-12
LUKAS 2:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan. Inilah tandanya: Kamu akan menemui seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung.”
LUKAS 2:10-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkatalah mŭliekat itu kapada marika itu, Janganlah takot, kŭrna sŭsungguhnya aku mŭmbawa kapada kamu khabar yang baik, yang mŭndatangkan kasukaan yang bŭsar, iya itu akan jadi kapada sagala kaum. Kŭrna kapada kamu tŭlah jadi pada hari ini dalam nŭgri Daud sa’orang Pŭnulong, maka iya itulah Almasih Tuhan itu. Maka inilah tandahnya kapada kamu, maka kamu akan mŭndapat kanak kanak itu bŭrbalot dŭngan kain bŭdong, tŭrlŭtak dalam suatu kandang.
LUKAS 2:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi malaikat itu berkata kepada mereka, “Jangan takut! Aku membawa kepadamu berita baik yang akan memberikan sukacita besar kepada seluruh umat. Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. Inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anak yang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung.”