LUKAS 19:41-44
LUKAS 19:41-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya. Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya. Masanya akan tiba apabila musuh mengelilingimu dengan sekatan. Mereka akan mengepung dan mengasak kamu dari segala arah. Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!”
LUKAS 19:41-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka apabila datanglah iya hampir, dipandangnya akan nŭgri itu, lalu ditangisinyalah akan dia. Katanya, Jikalau kiranya angkau mŭngŭtahui, mŭski pun angkau pada masamu ini pun, akan pŭrkara pŭrkara yang mŭndatangkan sŭjahtralah bagiemu, tŭtapi skarang iya itu ada tŭrlindong deripada matamu. Kŭrna zaman itu kŭlak akan datang ka’atasmu, maka musoh musohmu itu akan mŭndirikan suatu kubu klilingmu, sŭrta mŭngŭpong akan dikau bŭrkliling, dihimpetnya angkau deripada tiap tiap fihak. Maka angkau kŭlak akan diratakan sama dŭngan tanah sŭrta anak anakmu yang ada dalamu, maka tiadalah akan ditinggalkan dalammu suatu batu bŭrsuson diatas suatu, sŭbab angkau tiada mŭngŭtahui akan waktu pŭrtŭmnanmu
LUKAS 19:41-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus menghampiri Yerusalem dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya, lalu berkata, “Kalaulah kiranya pada hari ini engkau mengetahui perkara-perkara yang dapat membawa sejahtera kepadamu! Tetapi sekarang semuanya dirahsiakan daripadamu. Masanya akan datang apabila musuh-musuhmu akan mengelilingimu dengan sekatan, mengepung dan mengasakmu dari semua arah. Mereka akan membinasakanmu dan semua pendudukmu. Mereka tidak akan meninggalkan seketul pun batu tersusun kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang kepadamu.”