LUKAS 19:37-42
LUKAS 19:37-42 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka. “Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!” Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Guru, suruhlah semua pengikut guru diam.” Yesus menjawab, “Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru.” Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya. Dia berkata, “Alangkah baiknya jika kamu mengetahui apa yang dapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya.
LUKAS 19:37-42 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila iya sudah datang dŭkat sampielah dichuram bukit Zieton itu, maka sagala bŭlatantara murid muridnya mŭmulailah bŭrsuka suka, sŭrta mŭmuji akan Allah dŭngan swara yang nyaring, ulih sŭbab sagala pŭkŭrjaan yang amat kwasa itu tŭlah dilihatnya. Katanya, Slamatlah kiranya Raja yang datang dŭngan nama Tuhan, sŭjahtralah dalam shorga, dan kŭmuliaan dalam kŭtinggian. Maka bŭbrapa orang Farisia deri antara bŭlatantara itu bŭrkata kapadanya, Guru, tŭngkinglah akan murid muridmu itu. Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapadanya, Aku bŭrkata kapadamu, jikalau kiranya marika itu diam, nŭschaya batu batu itu dŭngan skutika ini kŭlak bŭrtriak. ¶ Maka apabila datanglah iya hampir, dipandangnya akan nŭgri itu, lalu ditangisinyalah akan dia. Katanya, Jikalau kiranya angkau mŭngŭtahui, mŭski pun angkau pada masamu ini pun, akan pŭrkara pŭrkara yang mŭndatangkan sŭjahtralah bagiemu, tŭtapi skarang iya itu ada tŭrlindong deripada matamu.
LUKAS 19:37-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka: “Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!” “Damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!” Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Yesus, “Guru, tegurlah murid-murid-Mu.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu bahawa jika mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.” Ketika Yesus menghampiri Yerusalem dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya, lalu berkata, “Kalaulah kiranya pada hari ini engkau mengetahui perkara-perkara yang dapat membawa sejahtera kepadamu! Tetapi sekarang semuanya dirahsiakan daripadamu.